Tuesday, September 18, 2012

Zara 2nd Birthday

 Kek birthday untuk anak kawan baik merangkap ex-jiran sebelah rumah saya....Bila Ema jemput saya untuk majlis rumah terbuka dan sambutan harijadi Zara terus saya cakap saya nak buatkan kek untuk birthday girl....oleh kerana tema majlis adalah LEGO dan cik Nurul tak berapa dan(sempat) nak buat the miniature LEGO maka cik nurul mendapat idea untuk membuat Kek Dam Pelangi ....  orang putih panggil Rainbow Chekered cake he..he.....saya dapat inspirasi dari blog famous ni .. .sapa lagi kalau bukan kak Azlita ...tapi jgn la bandingkan kerja tangan beliau dgn saya ya....he..he...saya tak seteliti beliau.. ..

Untuk hiasan keliling kek tu saya buat pagar coklat...ni pun kes cream cheese topping tak cukup untuk salut seluruh kek...tu yang terpaksa pakaikan kek ni dgn pagar kalau tak nampak tak cantik...
 Si birthday girl... Zara yang sangat comel sgt teruja nak tiup kek.... kan cik nurul dah bagitaw...corak dam cik nurul tak berapa kemas..he..he..ni mmg kes nak cepat siap sbb baby kechik Aisyah asyik dok teriak saja mintak dukung...mmg tak boleh nak concentrate sangat...he..he..menyalahkan anak pulak muhaha...Bendera tu dipacakkan sebab tarikh harijadi Zara bersamaan hari 1 Malaysia...

Resepi Kek Pelangi
Sumber: Azlita Masam Manis 

3cawan tepung
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn unsalted butter ~ suhu bilik(180g)
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis(saya letak 1 3/4 cawan)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan(saya bahagikan kepada 4 bekas ja...merah,hijau,kuning dan biru)

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


Bila kek dah sejuk  potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ni cara saya potong kek untuk mendapatkan efek dam...

 Frosting:
250g cream cheese
125g butter
3/4 cawan gula icing-ayak
2 camb whippin cream
1 camb lemon juice

cara:
Pukul butter hingga kembang masukkkan cream cheese dan gula icing,lemon juice -pukul hingga kembang dan gebu dan akhir sekali baru masukkan whipping cream-pukul hingga sebati.

tips: untuk satu cake kena doublekan resepi sebab saya buat tak cukup untuk sapu keseluruh cake...hmm..

Kek Puteri Basyirah

 
Kek princess yang saya buat untuk anak kawan saya,Dr Ida....dalamnya saya buat chocolate moist cake dan saya hias dgn buttercream.Hiasannya saya buat guna teknik ombre iaitu tekni yang menggunakan gradiasi warna dari warna terang ke warna yang paling lembut...simple saja tetapi yang penting sang puteri suka he..he..

Wednesday, September 12, 2012

Cars-lightning Mcqueen -2nd cake


Kek yang saya buat untuk Umar bawa ke Playschool untuk diraikan bersama rakan-rakan sekolah...sangat enjoy buat kek ni almaklumlah dah lama tak bergelumang dengan order-order kek...ni kira kata balas dendam lah...he..he..
 Umar di Playschool....mintak tolong teacher untuk ambil gambar....
 Goodie bag yang saya buat untuk rakan-rakan Umar....saya buat vanilla muffin dan mini roll sosej bun dan saya letak sebatang pensil didalamnya....


Saya buat chocolate cake dan saya sertakan gambar sebelum dan selepas...walaupun macam lipas kudung saya buat semua ni...tapi saya happy sebab Umar bagi pelukan gembira kat saya lepas balik dari school semalam...saya senyum sampai ke telinga ....

Japanese Sponge Roll Cake -1st cake

Saya buat kek ni bersempena dengan birthday Umar yang ke 3pada hari Ahad lalu .Kek ni sangat mudah dan senang, saya sukakan tekstur ia yang sangat lembut dan lembab ....satu lagi faktor yang membuatkan ia menjadi kegemaran saya ialah kek ini tidak menggunakan langsung sebarang agen penaik ...dan itu memang kelebihan kek-kek atau pastry dari Jepun...boleh ikut step by step kat sini 

 



Japanese Sponge Roll cake
Bahan-Bahan
(A)
3 biji Kuning telur
75g Gula kastor
50ml Air
40ml minyak jagung/minyak masak
80g tepung gandum-ayak
1 camt esen vanilla

(B)
3 biji putih telur
2 camt gula kastor
secubit cream of tar-tar

(C)
Buah Stawberry atau jam yang disukai
Pewarna untuk hiasan
120ml whipping cream(non-diary Rich)-putar hingga kental
Loyang 10" x 10" x 2"

Cara-cara:
1-Panaskan oven pada suhu 170C.Sediakan Loyang dan gris serta alaskan dengan kertas baking.Pukul (B) hingga kembang dan bertanduk ,ketepikan
2-Pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air,minyak,esen vanilla dan tepung.Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.Kaup balik dgn adunan B hingga bergaul rata.
3-Ketepikan 3 camb adunan dan letakkan dengan pewarna kegemaran...saya letak dengan pewarna biru ,orange dan pink untuk setiap 1 camb adunan.masukkan dalam piping beg yang digunting sedikit di hujungnya dan pipekan keatas lyang mengikut corak yang disukai.


Saya buat corak yang simple saja ...lepas buat corak bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 2 minit.Angkat dan ketepikan
4-Tuang baki adunan keatas motif corak tadi,ratakan dengan spatula.bakar pada 170C selama 10 - 15 minit.
5-Keluarkan dari oven dan sejukkan diatas redai selama 10 minit( secara perlahan-lahan kek akan merenggang secara sendiri dari loyang).Terbalikkan kek diatas sehelai kertas minyak yang besar sedikai dari saiz kek.keluarkan alas bawahnya.Lapik sehelai lagi kertas minyak diatas motif corak tadi kemudian terbalikkan keatasnya.
6-Sapukan krim rata-rata dan aturkan buah stawberry kemudia gulung perlahan-lahan.Untuk tulisan nama tu saya pakai chocolate emulco....saya guna berus lukisan saiz 1 lepas dah gulung kek tu ,celup berus pada chocolate emulco dan tulis atas kek..senangkan...
7-Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Tuesday, September 11, 2012

Roti walnut dan Kismis


Roti walnut yang sangat sedap dan mudah ....saya ambil resepi dari buku Jom Berjimat Menyediakan Roti dari Norhayani Mohd Nor ...
Kalau nak tahu saya dah ikut coretan dan resepi Yani sejak tahun 2007 lagi dan selalunya resepi yang di kongsikan oleh beliau memang terbaik..

Victoria Sponge cake /Kek Span Victoria

Kek yang sangat mudah untuk dibuat dan yang penting sekali ia mampu memuaskan hati setiap orang....Kek yang saya buat untuk Efa sempena Potluck hari raya di office dia....


Kek Span Victoria
Bahan-Bahan
1 cawan(200g) mentega tawar(saya pakai Tatura unsalted)
3/4 cawan (200g) gula kastor(saya letak 170g sebab buttercream saya manis)
1 camt esen vanilla
4 biji telur-gred A
1 1/3 cawan(200g) tepung naik sendiri-(ayak bersama tpg jagung)
2 camb tepung jagung
4 camb fresh milk

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180C-sediakan 2 biji loyang berukuran 8" gris dan alaskan dgn kertas baking.
2.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu,masukkan esen vanila serta telur sebiji demi sebiji
3.Masukkan tepung dan kaup balik sehingga sebati.
4.Masukkan susu dan kacau sebati.
5.Tuangkan adunan kedalam 2 loyang yang telah digris dan dialas.Bakar selama 20 -25 minit(bergantung pada oven masing-masing)
6.Keluarkan dari oven dan biarkan kek didalam loyang selama 10 minit sebelum terbalikkan ia diatas redai-sejukkan sebelum hiasa.

Untuk Hias :
Sediakan Jam strawberry yang disukai (saya pakai jem St.Dalfour ) dan buttercream atau krim putar.
Sapukan jam keatas kek dan kemudian letakkan sedikit buttercream atau krim putar dan kemudian letakkan kek yang satu lagi diatas nya.....boleh hias diatasnya dengan taburan gula icing...macam saya pula saya letakkan buttercream dan potongan buah stawberry...untuk tulisan tu pula saya letakkan fondant dan saya guna edible pen utuk tulis diatasnya...

Selamat mencuba..