Showing posts with label bento. Show all posts
Showing posts with label bento. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Bento First week of February

Assalamulaikum...

Saya share di sini bento Umar untuk minggu pertama dalam bulan Febuari 2016.


Isnin 1/2/2016-  Nutella Sandwich pocket dan Sosej Roll


Selasa 2/1/2016 - Pau Coklat ,Biskut Milo serta Kismis.


Rabu 3/1/2016 - Nasi Tumis ,sambal bilis serta ayam goreng.


Khamis 4/2/2016 - Calzone daging ,Kebab sosej dan timun serta Jagung butter.


Jumaat 5/2/2016 - Kuetiow goreng dan telur Rebus

Saya banyak share bekal umar ni Instagram ..boleh cari di #bekalumar

Ok ...jumpa lagi di minggu ketiga ya...tata

Friday, February 5, 2016

January Bento #BekalUmar sepanjang Bulan Januari

Assalamualaikum dan Hi semua...

Lamanya saya tak update blog....cukup sibuk lately...so hari ni saya nak upload bekal Umar sepanjang bulan Januari,2016.Untuk makluman my eldest ,Umar sudah memulakan persekolahan tahun 1 pada tahun ini maka sepanjang bulan Januari saya telah berjaya membuat bento untuk anak saya dengan jayanya..clap..clap sikit kat che nurul ya hehehe ...

Week1 (4/1 - 8/1)


Nasi lemak


Meehoon goreng


Nutella Sandwich dan butter cookies


Nasi goreng dan Tamagoyaki


Sosej roll


Week 2 (11/1 - 15-1)


Nutella pocket sandwich dan sosej rebus


Mee goreng dan tamagoyaki


Burger with chicken fingers 
Muffin choc chips


Nasi goreng kicap


Sandwich dan Kaya serta sosej kebab timun

Week3 (18/1 - 22/1)


Quesadillas dan bebola keju ayam


Dorayaki,bebola keju ayam serta rosemary crackers


Kuetiow Goreng


Hotdog 


Hotdog dan pocky sticks

Week4 (26/1 - 29/1)


Pizza daging


Nasi Ayam dan ayam goreng berempah


Nutella bun dan flower sosej bun


Sandwich with nutella dan sosej kukus.

Friday, September 11, 2015

Thomas Bento Packs dan bagaimana membuat deco sheet untuk hiasan bento


Assalamulaikum semua (^__^)

9.09.2009 yang lalu lahir lah seorang putera kebangaan saya dan suami.Anak yang kami amat dambakan kerana selama 5 tahun berkahwin macam-macam usaha saya dan suami lakukan untuk mendapat zuriat  dan akhir nya dia muncul membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat kami berdua.Dan pada 9.09.2015 genaplah 6 tahun umur anakanda kami yang tercinta,Selamat Hari Jadi Umar Bin Mohamad Sufian ...mak dan ayah sayang Umar dan semoga Umar membesar menjadi anak yang Soleh serta menjadi abang yang terbaik untuk adik Aishah dan Hana.

Jadi pada hari jadi Umar dua hari lepas saya buat kan bento packs dengan tema Thomas untuk di beri kepada rakan-rakan Umar di Pra Sekolah.Ke semua sekali 27 packs....huhuhu rasa nak pengsan buat semua ni...tapi bila Umar tersenyum gembira melihat hasil yang saya buat, penat tu terus hilang.

Untuk bento pack ni saya sediakan Daouble Choc Muffin ,Baked Macaroni and Cheese dan Icebox cookies(resepi cookies saya akan share pada next post ya).

Di sini saya nak share cara membuat deco sheet dan saya buat muka Thomas dari deco sheet tersebut dan saya hiaskan di atas Macaroni and cheese .

Selama ni saya tercari-cari resepi deco sheet seperti bento-bento masters yang berniaga bento packs dari negara jiran kita iaitu di Indonesia.Dari apa yang saya perhatikan dan baca mereka membuat deco sheet dari campuran telur,tepung dan susu tapi malangnya tiada resepi yang saya jumpa atau pun di share di blog mereka.Tapi saya faham mereka berniaga so tentulah resepi tersebut tidak di kongsi.Ada juga di antara mereka telah keluarkan buku-buu bento mereka sendiri tapi malangnya hanya untuk pasaran di sana sahaja....Insyallah kalau saya ke Jakarta saya akan ke toko-toko buku di sana untuk cari sebanyak mungkin buku-buku bento (^_^).

Maka dari situ saya berekperimen dan akhirnya saya boleh katakan saya telah berjumpa dengan deco sheet yang saya inginkan tu.So di sini saya kongsi pada yang ingin memcuba membuatnya. Bayangkan deco sheet ni sebagai kepingan 'fondant' yang kita guna untuk hias cake ya... 




Hasil dari deco sheet.

Deco Sheet untuk Bento
Oleh:Nurul Cake2u

Bahan-Bahan
3 biji telur
500 ml bancuhan susu tepung @ susu segar
250g tepung gandum
1/2 sk garam
1/2 esen vanilla

cara:
1.Satukan semua bahan di dalam bekas dan kacau rata
2.Masukkan dalam blender dan kisar hingga halus mulus.
3.panaskan kuali leper atau non stick pan
4.Untuk Thomas ni saya bahagikan kepada 3 bahagian adunan di mana untuk di warnakan.Untuk warna biru saya guna 3/5 bahagian, untuk warna kelabu 1 1/2 bahagian dan warna asal 1/2 bahagian.
5.kecilkan api,oles dengan sedikit minyak dan ambil sesenduk warna biru ,tuangkan di atas kuali dan biarkan ia masak sepenuhnya macam kita buat crepe.Adunan tidak perlu di terbalikkan.Apabila ermukaan sudah kering terus angkat dan buat hingga semua adunan selesai.Sejukkan.

Nota:
untuk lekaktkan nori pada deco sheet gunakan mayonis sebagai gam.Dan anda boleh warnakan deco sheet ni dengan warna kegemaran dan rancang dulu hiasan yang bagaimana anda nak buat then baru warnakan.

Selamat mencuba (^__^) ...

Sunday, May 31, 2015

Beehoon Sup Utara versi " Kiiroitori "


Assalamualaikum semua.....

Hari ni kami semua layan beehoon sup versi utara ....dulu masa saya belajar di Uitm Arau tahun 1995 hinnga 1998 saya selalu pergi ke pasar malam di pekan Arau dan makanan yang selalu saya beli ialah beehoon sup ayam ...memang sedap dimana beehoon di rendam bersama air kunyit untuk menjadikan ia warna kuning dan di sertakan dengan hirisan ayam rebus goreng dan juga sambal merah yang power .....memag terbaik.... saya boleh makan berkali-kali tanpa jemu...

Hari ni beehoon saya buat versi kiiroitori iaitu kartun itik kuning yang popular di Jepun.

Oklah kita jumpa lagi di lain siaran ya...tata



Saturday, May 30, 2015

Himpunan Funmeals

Helllooooo semua...

Just nak share himpunan Funmeals yang saya buat untuk Umar dan Aishah ...


Egg mayo sandwich untuk bekal Umar berBreakfast di Sukan sekolah ... Muka cow tu dari slice cheese dan details dari nori sheet.


Macaroni dan keju atau Mac and Cheese yang simple... saya just campurkan macaroni rebus dengan lebihan sup krim brokoli serta mozarella cheese ...gaul mesra kemudian masukkan dalam ramekin dan tabur parutan cheese lagi dan bakar sekejap .....details dari nori sheet ,timun serta carrot.



Yang ini pula Nasi kuning berserta ayam percik dan sayur campur buncis ....polar bear di perbuat dari telur rebus dan details dari nori sheet.

ok....tata semua

Tuesday, April 28, 2015

Fun meals untuk Miss Aishah

Saya nak share beberapa fun meals yang saya buat untuk my picky eater (^__^)


Smiling girl ni terdiri dari nasi putih dan rambut dari maggie goreng kicap .Saya hidangkan bersama ayam goreng beserta dalca....


Pikachu terdiri dari mee goreng pattaya dan pizza bear diperbuat dari roti putih,hiasan untuk pizza saya gunakan black olive/buah zaitun hitam


untuk fun meal ni saya gunakan nasi beras jepun,untuk jambang saya gunakan furikake dan saya hidangkan bersama kari ayam yg tak pedas sgt...maaf yg meal ni bukan untuk Aishah tapi untuk abang Umar ...sejak masuk pra sekolah ni Umar dah suka mencuba makanan baru ....dan sejak akhir-akhir ni suka makan kari...

oklah tak boleh nak celoteh panjang....tata

Friday, April 10, 2015

Suzy's Zoo Bear Bento


Bento dengan tema Suzy's Zoo Bear saya buat kan khas untuk sahabat yang saya kenal melalui laman Instagram yang mana beliau kini sedang menjalani rawatan di Institut Kanser Negara,Putrajaya.

Bento ini terdiri dari nasi ,ayam masak selasih dan telur mata . Di harapkan dengan bento ini akan memberi sedikit keceriaan buat kawan saya yang sedang menjalanai rawatan kimoterapi di sana.

Friday, January 23, 2015

Nasi lemak 3 sekawan

Assalamualaikum ...
Bento nasi lemak yang saya buat pada minggu lepas bersempena birthday rakan baking saya..Zarina ...kawan saya  panggil bento nasi lemak 3 sekawan ...
Apa2 nama pun tak apa yg penting kawan saya suka dan gembira dgn pemberian dari saya ...