Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Kuih Ang ku Labu


Assalamulaikum dan Hi Semua.

Just nak share resepi Ang ku Kueh yang saya buat 2 hari sudah.Resepi ni memang terbaik so far di mana resepi ni dari favorite blog saya iaitu Nasi Lemak Lover.

Kuih Ang Ku Labu
Adaptasi dari resepi Ang Ku keledek

Inti kacang Hijau/mung bean
250g kacang hijau yang di buang kulit(boleh beli di tesco/giant)
140g gula
3 sb minyak masak

cara:
1.Basuh beberapa kali kacang hijau hingga air menjadi jernih dan rendam dalam air bersih selama 2 jam.
2.tapis 'mung bean',letakkan didalam periuk pengukus dan kukus selama selama 30 minit dengan api kuat.
3.Sementara 'mung bean' masih panas,kisar mung bean bersama gula dan minyak jagung di dalam Food processor hingga halus.
4.Ketepikan dan biarkan sejuk.Bulat-bulatkan inti dalam 13g setiap satu.

Doh labu atau kulit
300g isi labu-potong kecil-kecil
200g tepung pulut
1 sb tepung beras
3 sb minyak jagung
130g air panas-saya letak air suam

Cara:
1.Kukus labu hingga lembut
2.lecek labu hingga halus-ketepikan
3.Tmabahkan tepung pulut,tepung beras,minyak jagung dam labu lecek...perlahan-lahan masukkan air panas dan adun hingga membentuk doh yang lembut.rehatkan selama 10 minit.
4.Bulat-bulatkan doh seberat 17g setiap satu.

Cara membentuk :
1.Tabur kan sedikit tepung kedalam acuan kuih Angku
2.Ambil sebiji doh labu dan leperkan .Masukkan inti mung bean ,balut kemas inti dan masukkan ke dalam acuan kuih ang ku dan tekan lembut dan kemudian keluarkan kuih angku dengan menghentak acuan ke permukaan meja .
3.Letak kuih ang ku di atas potongan daun pisang yang telah di sapu dengan sediit minyak masak.Buat hingga habis kesemua doh labu.
4.Susun Ang Ku kuih di dalam peruik pengukus dan kukus selama 5 - 6 minit dengan api yg sederhana(jgn kukus dgn api yang kuat sebab boleh menyebabkan kuih ang ku jadi terlampau kembang dan leper serta tak cantik).
5.Dah siap kukus sapukan permukaan kuih dengan sedikit minyak jagung.


 Selamat mencuba----saya makan 6 biji sekaligus hehehe sebab sedap sangat.

Monday, August 10, 2015

Apam Perlis


Assalamulaikum dan hi semua.

Yesterday's breakfast I've made Apam Perlis. My daughter was over the moon when she saw these Apam which I have decorated it to cheeky green cartoons.And she call those apam "green empanadas" lol .

I have sourced the recipe from Wendyink-Table for two or more .I think my apam turned out so fluffy and of course yummy .....definately this recipe is a keeper.


Wednesday, January 14, 2015

Donut sedap ♥♥♥


Assalamualaikum ..salam Jumaat yg barakah. ..

2hari lepas saya ada buat donut dan Alhamdullilah pencarian saya untuk donut yang ringan dan gebu akhir nya berjumpa juga.... resepi ni saya dapat dari rakan instagram saya iaitu dari @nysacookies... saya syare di sini ya..

Donut 
500g tepung roti/tpg gandum
1 packet mauripan ( 11g )
50g butter
1 sb shortening
2 sb gula pasir
2 sb susu pekat
1biji telur
1/2 sk garam
200ml air suam

Cara:
1- air suam, yis, gula , susu pekat , butter dan shortening dicampur sekali...kacau sedikit fan biarkan selama 10 minit
2-setelah yis berbuih , masukkan 1/2 tepung dan adun sedikit dan kemudian masukkan telur yg dicampur dgn garam kedlm adunan dan campur kesemua tepung dan uli hingga licin.
3-canaikan doh dgn ketebalan 1/2 " dan potong dgn acuan donut. 
4-rehatkan dlm 10 minit dan goreng dgn api yg sederhana perlahan hingga kuning keemasan.

Wednesday, January 7, 2015

Kuih koleh kacang

Selamat tahun baru. ...azam saya tahun ni nak jadi lebih proaktif utk update blog hehehe .. 

Jadi hari ni saya nak share resepi kuih koleh kacang yang pada hemat saya sgt la sedap .... resepi ni saya dapat dari jiran saya yang memang ambil tempahan jualan kuih-muih melayu ....

Kuih koleh kacang
(A)
400ml santan pekat (Kara)
150ml air
1/4 sk garam

(B)
200g tpg kacang hijau
50g tpg gandum
750ml air

(C)
350g gula merah
50g gula pasir
100 ml air

(D)
1 1/2 cawan pati santan pekat
Secubit garam

Cara:
1-masak (C) hingga larut dan sejukkan
2-masak (D) hingga jadi tahi minyak dan tinggalkan 2 sudu besar minyak di periuk
3-sebatikan (B) biarkan selama 2 jam
4-satukan (A) (B) & (C) gaul rata dan tapis.tuang kedalam periuk yg berisi minyak dari tahi minyak tadi.
5-masak hingga kental dan tuangkan kedalam loyang 9" x 9" x3"...sejukkan sebelum potong ...

Selamat mencuba ..

Tuesday, May 7, 2013

Talam Sinar Pesona .... I'm back ;)

Salam semua....Uih berabuk sungguh rumah ni ya...Tuan rumah dah lama tak jenggok ha..ha...masih lagi ada di Kota Warisan tak pi mana pun...cuma mood nak berblog tu tak ada...

Ok lah sekarang ni tuan rumah tersangat suka buat kuih - muih  dan tentu nya makan sekalilah...
Tuan rumah buat Talam persona yang telah diubahsuai sedikit dari resepi asal...he..he..biasalah kerja2 olahan terpaksa dibuat disebabkan ada beberapa bahan tak ada...tapi kuih talam ni memang sedap dan terima kasih buat Sis Yatie yang sudi berkongsi resepi ni.Kalau nak resepi-resepi talam yang best memang saya akan ke blog beliau....memang terbaik...Saya copy and paste resepi dari blog beliau saja..he..he..mmg pemalas..

Kalau resepi asal ada 3 warna tapi saya hanya buat 2 warna saja....kira kata ni warna asli tak ada perwarna tiruan langsung....



Talam Sinar Pesona
Resepi asal Yatie Memories
Olahan :Cake2u

Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 1/2 cawan gula castor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar rata tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air + 10 helai daun pandan-mesin dan tapis utk dapatkan jus
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana dlm 5 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
  2. Tuangkan 1/2  adunan hijau  dan kukus dlm 10 minit.
  3. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuangkan pula adunan hijau yang selebihnya dan kukus selama 20 minit.
  5. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. 
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.
***saya buat olahan untuk lapisan hijau...kalau resepi asal diletakkan pewarna hijau dan pandan paste serta coklat emulco(.saya tak ada stok pandan dan coklat emulco..tu yang terpaksa ubah sikit dan hasilnya colour kusam sikit he..he..)

Thursday, February 7, 2013

Kueh Angku or Red Tortoise Cake


Love eating them and making these Angku Kueh is not complicated at all.....I sourced the recipe from Chef Amy Beh and I have to say that this recipe is a keeper....for the filling I just used instant mung bean paste :)) muahaha..sangat pemalas ....

Angku KuehSource: Kuali.com Chef Amy Beh
      Sift:
    • 400g glutinous rice flour
    • 1 1/2 tbsp cornflour
    • 150g steamed sweet potato, mashed
    • 5 tbsp castor sugar
    • 3 tbsp corn oil
    Combine:
    • 250ml boiling water
    • A little orangy red colouring (mix a little of red and orange colouring)
    • Banana leaves trimmed into small round circles to line the angkus, lightly oiled.
    Filling:
    • 400g split, skinned mung beans (green beans), wash and soak overnight, drain well.
    • 300g castor sugar
    • 2 tbsp corn oil
    • 2 shallots, thinly sliced
    • 1/2 tsp salt
Method:
Filling:
-Steam mung beans for 30 to 40 minutes. Mash through a wire sieve or blend until fine whilst hot and leave aside.
-Heat a non-stick saucepan with oil, fry shallots till golden brown then discard the shallots, leaving the aromatic oil in the saucepan. Add sugar and cook, stirring constantly until sugar dissolves and turns syrupy.
-Add mung beans and salt and stir-fry until it doesn?t stick to the sides of the pan. Remove and set aside to cool. Divide into small equal balls for the filling. Refrigerate until required.

The skin:
-Put sifted ingredients and sugar in a large mixing bowl. Make a well in the centre, add sweet potatoes, corn oil and coloured water. Mix and knead into a shiny and pliable dough.
-Divide dough into equal portions. Roll each piece into a ball and flatten slightly. Place some filling in each piece of dough. Pinch and seal the edges to form round shapes.
-Lightly dust angku mould with glutinous rice flour. Press the base of filled dough into the mould. Knock or tap mould lightly on the surface of the table to dislodge the angku.
-Place angku on oiled banana leaf circles and steam, covered, over rapid boiling water for 4 to 5 minutes.
-Remove the lid from the steamer and continue to steam for a further 6 to 7 minutes or until cooked.
-Remove and brush lightly with corn oil