Showing posts with label foodart. Show all posts
Showing posts with label foodart. Show all posts
Sunday, September 13, 2015
Pasta with Curly hair girl
Apa khabar semua... hari ini saya nak kongsikan food art yang saya buat untuk Miss Aishah.Macaroni Bolognese dan meatball yang saya leperkan untuk di buat muka.
selepas goreng meat ball saya letakkan sekeping cheese di atas meal ball dan saya letak di dalam microwave pada suhu sederhana selama 10 saat.Ini akan menghasilkan permukaan licin untuk muka curly girl ni.Manakala details saya guna nori untuk mata dan mulut .Pipi pula di perbuat dari lobak merah.
Anak saya makan dengan penuh selera sebab food art kali ni menggambarkan diri dia sebab Miss Aishah berambut kerinting besar (^__^).
Friday, September 4, 2015
Burger Doraemon
Semalam Saya buatkan Burger Ayam versi Doraemon untuk Umar Dan Aishah.Roti burger di perbuat dari Roti Arab yang Jiran sebelah rumah bagi.Saya kecilkan roti arab tersebut dengan memotong dengan cutter bulat dan saya hiaskan dengan slice cheese,nori dancapsicum untuk hidung doraemon.Anak-anak saya tak minat pun cerita Doraemon ni ..tengok pun tak pernah tapi mak depa yang sangat teruja dan masih layan cerita Doraemon sampai sekarang hehehe.
Ok di sini saya nak share resepi kepingan Ayam untuk burger.Resepi ni dari adaptasi resepi kawan instagram saya iaitu kak Era iaitu Thai Chiken Balls atau bebola ayam thai.
Chicken patties atau kepingan burger ayam
500g cincangan isi ayam
3 batang daun bawang-cincang halus
1 biji carrot-parut halus
1 sb sos tomato
1 sb sos chili thai
2 sb tepung jagung
1 cawan serbuk roti/panko
sedikit minyak untuk grilling.
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak.Bentukkan bulat2 sebesar bola tennis dan leper kan.Buar hingga habis.dan letakkan di atas clig wrap dan sejukkan dalam fridge selam 1 jam sebelum grill.
2.Keluarkan dari fridge dan grill kepingan ayam hingga masak.
3.Sapu roti dengan mayonis dan butter ..letakkan daun salad timun dan kepingan ayam tutup dengan roti untuk membentuk burger.
Monday, August 10, 2015
Kari daging kegemaran abang Umar
Hari ni saya buat food art untukanak sulung pulak...selalunya food art atau funmeal keutamaan buat anak kedua saya dan bongsu sebab kedua-duanya memang picky eater.Tapi hari ni abang umar minta saya buat kan untuk dia satu.Dan kebetulan Umar memang pengemar nasi dan kari jadi saya layan permintaan dia.
Simple saja food art ni dimana kari di letakkan di keliling nasi sebagai topi . Umar happy sangat dengan funmeal ni, saya happy sangat bila Umar kata pada saya - saya sayang mak dan kari ni sangat sedap ...
Saturday, August 8, 2015
Pasta with Pesto sauce and little chick
Menu pasta kegemaran Miss Aishah...
little chick di perbuat dati telur rebus...
saya suka dengan gaya hiasan bento dari sifu charaben yang tersohor iaitu Maki Ogawa dari CuteObento dan Yunita Rahmasari dari Bonita Food.Kedua-dua mereka menpunyai konsep yang sama simple tapi sangat menarik .
Ini adalah antara tools yg saya guna untuk buat little chick tu.
1.Multi expression face puncher dari BentoCraft - mata
2.Orange face puncher dari Daiso - kaki
3.Flower cutter dan nozzle - bunga (ni tools yang saya kumpul masa saya berbiz kek dulu2)
4.oval cutter - paruh (tool ni saya dapat masa beli buku bento dari Kinokuniya )
Beef basil food art
Assalamulaikum dan Hi semua...
Wah dah lama saya tak bersiaran di blog ni.... harap masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin...
Selepas raya ni adalah food art pertama yang saya buat untul Miss Aishah... Nasi putih bersama daging masak selasih dan sup cendawan.
Food art ni sangat mudah untuk di sediakan ..untuk rambut boleh juga gantikan dengan scramble egg ...dan potong nori untuk face expressions. Mudahkan?
Oklah hari ni saya nak update banyak post yg tertunggak (>_<)
Thursday, June 18, 2015
Nasi Goreng dan Bunny
Assalamualaikum ....
Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog che Nurul ..
Nak share food art yg saya buat untuk anak-anak Soleh dan Solehah saya pada minggu lepas..
Bunny di perbuat dari telur rebus ,pipi dari carrot dan details dari nori....
ok untuk bula puasa ni may be saya masih akan buat foodart untuk anak2 saya yang masih tidak berpuasa... (^_^).
Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog che Nurul ..
Nak share food art yg saya buat untuk anak-anak Soleh dan Solehah saya pada minggu lepas..
Bunny di perbuat dari telur rebus ,pipi dari carrot dan details dari nori....
ok untuk bula puasa ni may be saya masih akan buat foodart untuk anak2 saya yang masih tidak berpuasa... (^_^).
Sunday, May 10, 2015
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu untuk semua para Ibu yang kita sayangi..... dan selamat hari ibu untuk mak saya,Pn Hambiah Abdul yang jauh di kampung....saya tak pandai membuat ayat yang berbunga2 serta tiada ungkapan atau ucapan yang dapat saya titipkan di sini ... kerana pada saya hari-hari adalah hari ibu di mana kasih sayang mak pada kami adik-beradik tidak pernah hilang atau pudar walaupun sehari pun dari kami kecil hinggalah sekarang... Mak adalah anugerah terbaik yang pernah kami dapat dan saya berdoa semoga Mak sentiasa dalam Rahmat Allah serta di beri kesihatan yang baik yang berpanjangan ...
Nasi Lemak yang saya buat bersempena hari Ibu...dan di sebab kan saya di beri cuti rehat oleh suami hari ni maka saya buat nasi lemak untuk di makan dari pagi sampai ke malam...hehehe ...so no more cooking for lunch and dinner ...
Friday, April 10, 2015
Suzy's Zoo Bear Bento
Bento dengan tema Suzy's Zoo Bear saya buat kan khas untuk sahabat yang saya kenal melalui laman Instagram yang mana beliau kini sedang menjalani rawatan di Institut Kanser Negara,Putrajaya.
Bento ini terdiri dari nasi ,ayam masak selasih dan telur mata . Di harapkan dengan bento ini akan memberi sedikit keceriaan buat kawan saya yang sedang menjalanai rawatan kimoterapi di sana.
Wednesday, February 4, 2015
Pasta and owl
Pasta goreng kicap dengan telur rebus bermotifkan burung hantu .....laju saya cik Aishah makan sebab ada owlie ...
Monday, February 2, 2015
Nasi goreng pattaya spongebob
Assalamualaikum. ..
Nasi goreng pattaya spongebob untuk Umar dan Aishah ...mata , gigi dan pipi di buat dari timun dan saya gunakan nori sheet utk mata serta garisan mulut..dan cheese sheet utk anak mata serta hidung ...
Mereka makan dengan penuh selera..Alhamdullilah ...
Subscribe to:
Posts (Atom)









