Monday, October 28, 2013

Nutty White Chocolate Cookies


Cookies yang saya buat untuk little darling Umar.... dia sangat suka makan cookies ...tak kisah apa jenis cookies pun dia suka...
Nutty White Chocolate Cookies adalah dari adaptasi cookies yang saya pernah buat sebelum ini iaitu
  Chocolate Chip Almond Cookies ....

Baru je keluar oven terus dia minta nak makan.....dia sangat happy dapat makan fresh homemade cookies..siap minta buat lagi n lagi...ha..ha..

Nutty White Chocolate Cookies
Adaptasi dari :ChantiqSweetTreats 

( Bahan A)
250gm butter
1 biji telur
1 tsp vanilla
 
( Bahan B)
200gm tepung gandum
100gm tepung jagung
200 gm brown sugar
1/2 tsp bicarb soda ( campur dengan qty sama air panas....for that crisp)
 
( Bahan C - Add On )
1/2 cwn kacang tanah yg di tumbuk kasar
1/2 cwn white choc chip
2 Sb bijan hitam
 
How:
Adun ( A)....campurkan (B)....masukkan (C)....( simpan dalam fridge 1 jam )
Bentuk2 kan ikut size suka hati...
Kalau kecil macam Amos cookies ( bakar 15 min @ 125C)-(saya bakar @160C fan force oven for 15 mins untuk saiz besar)
Kalau buat yang besar tambah masa to 20 min..suhu sama....Happy baking....
 
Sangat crispy....

Saturday, October 26, 2013

Kebahagiaan dan Rezeki tanpa kepayahan

Assalamualaikum ....

Saya nak memperkenalkan ahli keluarga baru kami .... Nurhana Binti Mohamad Sufian...selamat dilahirkan pada 25 Sept 2013 yang lalu....sekarang dah genap sebulan umurnya...

 Gambar di hari pertama di hospital Colombia Asia Puchong.....berat 2.67kg

Sekarang dah sebulan berat dah 3.8 kg

Saya besalin pada minggu ke 36 .... sepatutnya due date saya pada 21 Oct 2013 dan semasa lawatan temujanji atenatal  di hospital doktor mengatakan yang pintu rahim dah terbuka sebanyak 3cm so saya terus ditahan,masa tu rasa terkejut juga sebab saya tak rasa apa-apa kontraksi atau sakit-sakit lagi cuma malam sebelum tu cuma dapat cramp kaki ja yang kerap,nampaknya baby nak keluar awal ^__^  ...masuk labour room pukul 10.30 pagi dan selamat bersalin pada 1.03 ptg....saya di labour room sendirian sahaja...suami tak masuk sebab kena menjaga Umar dan Aishah kat luar...kira kata ni 1st time la saya bersalin tanpa suami disisi
Masa dalam labour room nurse ada tanya saya nak ambil epidural tak..saya kata tak nak since saya tak rasa sakit lagi....dan lagipun masa dekat Umar dan Aishah dulu pun saya tak ambil pun epidural...tapikan bila pintu rahim dah terbuka 7cm saya rasa sakit yg teramat dan kontraksi terasa sangat menyegat kali ni...saya minta diberikan epidural tapi nurse tu pulak pujuk saya kata tak payah sebab dah terbuka 7cm...dan bila dah 8cm terus doktor minta saya teran dan alhamdullilah tak lama lepas tu baby selamat dilahirkan...then tetiba saya rasa sakit kontraksi yg amat luarbiasa and then seingat saya saya menjerit dan menronta-ronta...doktor cuba tenangkan saya dan saya dengar dia inform nurse yang uri saya lekat dekat rahim and berlaku pendarahan yg serius kat blood vessel saya....masa tu saya hanya mampu beristifar dan lepas tu saya dah tak sedarkan diri...sedar-sedar saja suami dah ada disisi and doktor datang inform tentang keadaan saya dimana masa doktor nak keluarkan uri or the placenta ,rahim ikut terkeluar sama tapi doktor sempat tekan dan blood vessel saya pecah menyebabkan berlaku pendarahan yg banyak.Ngeri saya dengar ....doktor juga inform suami supaya saya tak mengandung lagi sebab kalau saya bersalin lagi saya akan alami benda yang sama in future..hu..hu..

Dan maksud nama anak saya yg 3 ni Cahaya Kebahagiaan dan Rezeki tanpa Kepayahan....betul nama nya memberi makna yang sangat indah buat saya dan suami....Alhamdullilah dan Syukur di atas kurniaan ini.

Sunday, September 22, 2013


As Salam semua...

Cinnamon Rolls yang saya buat semalam unruk breakfast....
Resepi ambil dari Joy of Baking ....memang sangat gebus dan sedap...renyah sikit pembuatannya tapi berbaloi... ^__^

Thursday, September 19, 2013

Choc Chip Almond Cookies ... Almost to Famous Amos


As Salam to all my friends...

I would to share the fabulous cookie recipe that I baked recently.... Choc Chip Almond Cookies and the taste is almost to Famous Amos Choc Chip Cookies with less sugar .... which I loike ^___^  and plus it's very crispy....my son and hub loves it very much plus me too.. he..he..
The recipe was taken from a very talented lady... Kak Ros ,from ChantiqSweetTreats.... I loves all her recipes and creations and plus she's not stingy at all ...she shares all her best selling recipes...Thank you Kak, semoga Allah SWT melipat gandakan lagi rezeki untukmu Kak ...Amin
So here I just copy and paste the recipe from her blog ...or you may visit her blog and you'll be amazed with all of her bakings...

Choc Chip Almond Cookies from original recipe
Fail proof cookies
Adapted fr: ChantiqSweetTreats

( Bahan A)
250gm butter ( sebolehnya jangan ganti dengan margarine walau lebih murah)...
1 biji telur
1 tsp vanilla
 
( Bahan B)
200gm tepung gandum
100gm tepung jagung
200 gm brown sugar ( gula putih pun boleh ...no problem cuma lebih manis dr brown sugar)
1/2 tsp bicarb soda ( campur dengan qty sama air panas....for that crisp)
* Cocoa powder ( optional)....letak banyak jadi dark...letak sikit ok..tak letak pun boleh...
 
( Bahan C - Add On )
Kacang / raisins or apa2 you nak letak...sukatan suka hati...boleh lebih...boleh kurang..no problem....tabur choc chip banyak mana nak...( I love this part...)...
 
 
How:
Adun ( A)....campurkan (B)....masukkan (C)....( simpan dalam fridge 1 jam )
Bentuk2 kan ikut size suka hati...
Kalau kecil macam Amos cookies ( bakar 15 min @ 125C)
Kalau buat yang besar tambah masa to 20 min..suhu sama....Happy baking....
 
Tips from ChantiqSweetTreats:
this resepi so far boleh guna untuk apa2 cookies you have in mind, be creative , boleh letak kelapa kering , pelbagai jenis kacang , raisins , M&M chocolate or  anything you can imagine...

Sunday, September 15, 2013

Kek Gulung Kasih


Roll cake @ Kek Gulung Kasih yang saya buat semalam untuk minum petang sebagai meraikan kedatangan sepupu yang datang bertandang.
Resepi yang sangat mudah dgn penggunaan bahan yang minimal dan dalam masa 1 jam semua siap.....suke...suke...dan kek ni sangat gebus UOLs
Saya ambil resepi diblog Izah dan resepi asal dari DayangJack ....

Kek Gulung Kasih
Sumber asal: DayangJack
Sumber2 : Izah Muffin Lover

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna kegemaran
cara-cara :
1-Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2-Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3-Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4-Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
5-Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
6-Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. (cara saya : Terbalikkan kek diatas sehelai kertas minyak yang besar sedikit dari saiz kek.keluarkan alas bawahnya.Lapik sehelai lagi kertas minyak diatas motif corak tadi kemudian terbalikkan keatasnya.ini untuk mendapatkan motif corak di bahagian bawah-kalau kat permukaan atas kaler tak berapa cantik sebab dah brown )
7-Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan

Wednesday, September 11, 2013

Happy Birthday Umar .... Kek Russian Black and White

Four years ago our family was completed with the birth of my 1st little hero... yeah finally after five years of waiting to have our own child, he came to our life on a very special date 09-09-09(9th Sept 2009) ....Alhamdullilah dan syukur....
To my little hero...Mak and Ayah feel so pround and blessed to have you, you've shown us so many things and brings so much joy into our life...Happy 4th Birthday Umar semoga sentiasa menjadi anak yang baik dan soleh untuk Mak dan Ayah ya.... Love you so much...Muahss ^__^

Ok enough for the ramblings..he..he..
On the his special date I've made a simple birthday cake jer....dah tak larat sekarang ni ...I'm already 34 weeks...selalu kepenatan..hu..hu..
Saya buat Rusian Black and White cake ...resepi ambil dari blog Kak Azlita ,Masam Manis ... Berbaloi buat (walaupun lepas buat "pengsan" sekejap...muhaha)


Simplekan??? I just adorned the cake with printed banner and Thomas toy.... ni kes dah tak larat tahap melampau..ha..ha..tapi yang penting my little hero smile from ear to ear....and he said to me that "Mak pandai dan kek cantik"... he..he..kembang setaman makcik.


The way he smile to me.....really made my day....and that's all matter
 
Ni goodie pack yang saya buat untuk di hantar to jiran-jiran....saya buat Chocolate cake in a cup ,Paratha Sardine Puff and Almost Famous Amos Choc Chip Cookies.....Walaupun lepas buat ni saya "pengsan" sekejap muhaha..tapi saya puas hati....yeay mission accomplished!!

Friday, September 6, 2013

Slice Cheese Cake ....


As Salam dan selamat malam semua...

Kek ni saya buat atas permintaan jiran saya,Siti untuk ulangtahun suaminya... memang lah kalau diikutkan saya dah tak larat nak ambil order tapi saya buat juga sebab she's my good neighbour and tak sampai hati pulak tolak.
Mulanya Siti minta saya buatkan cheese cake biasa tapi stok baking saya sangat limited so saya cadangkan Slice Cheese Cake dengan Blueberry topping...dia setuju....senang kerja saya he..he..
Kek ni memang favourite saya sebabnya tekstur nya macam Japanese Cotton Cheese Cake dan bila makan rasa ringan dan cair ja dimulut...plus dia tak manis serta senang nak buat....
Ok resepi saya ambil dari blog Ros,Jintan Manis dan kalau tak silap resepi asal dari Onigiri,myresepi.
Saya copy n paste saja ya....

Slice Cheese Cake
Sumber: Ros,Jintan Manis

Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.