Friday, September 4, 2015

Marble kek yang terlajak larissss

Hamboi tajuk....pinjam sat D'herbs punya tag line hihihi....

Saya suka makan kek butter panas-panas terutama sekali kek marble...tak tau kenapa mungkin kek ni la yang mak saya selalu buat masa saya kecil-kecil dulu.Kira kata setiap kali makan kek ni akan rasa sedikit nostalgia.Dulu kalau mak buat kek ni memag semerbak je bau walaupun masa tu mak pakai buttercup atau kadang-kadang planta dimana kedua-dua nya bukan pure butter.

Jadi hari ni che Nurul buat satu dan so far ini kali ke 3 saya buat menggunakan resepi dari Nasi Lemak Lover dan mendapat respon positif dari keluarga dan jiran-jiran tentunya.


Kek Butter Marble
Saiz loyang bulat 8" atau empat segi 7" x 7"

bahan-bahan
(A)
250g butter 
180g gula castor
1 sk esen vanilla

(B)
5 biji telur grade B

(C)
230g tepung kek*
1 1/2 sk baking powder*-ayak bersama tepung
4 sb + 1 sb susu cair
1sb serbuk koko

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170C dan griskan loyang dan alas dengan kertas baking.
2.Pukul butter,gula dan esen vanilla hingga putih dan berkrim.
3.masukkan telur satu persatu -pukul sehinnga sebati dan gebu.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga semua sebati dan masukkan 4 sb susu cair.Pukul hingga semua bercampur mesra.
5.Keluarkan 2 senduk adunan dan masukkan ke dalam bekas lain -campurkan dgn serbuk koko dan 1 sb susu cair-kacau rata.
6.Masukkan adunan putih dan di selang seli dengan adunan koko...letak macam tompok-tompok.
dan buat marble dengan mengacau lidi di dalam adunan.
7.hentak loyang sedikit untuk meratakan adunan serta untuk mengeluarkan gelembong udara.
8.Bakar selama 50 ke 60 minit.

Nota: saya bakar pada loyang pound cake sebab saya nak masukkan sedikit dalam loyang disposable aluminium - dan saya nak bagi pada anak jiran saya yang suka sgt makan kek saya.

Meehoon goreng dan "molang" yang comel

Saya nak share food art yang saya buat untuk anak-anak saya hari ni.Meehoon goreng daging dan saya hias dengan telur rebus versi 'molang' ...apa benda tu che Nurul?What is Molang? ok..ok.. che Nurul bagitaw ya molang ni adalah karekter bunny yang chubby dari Korea...

kat bawah ni contoh gambar molang ye kawan-kawan.
Hasil carian imej untuk bunny molangpic from google
Cute kan molang ni hehehe....





yang ni saya buatkan bento untuk rakan saya yang sedang berbadan dua ..dia selalu teringin dengan bento yang saya buat untuk anak-anak...hopefully dia suka la dengan pemberian che Nurul ni.


Ni tutorial cara buat molang dari telur rebus.
harap gambar dapat berikan sedikit idea cara nak buat bunny ni ya.
oh ya kesemua tools ni anda boleh dapatkan di BentoCraft.com

Macarons Au Chocolate Noir (II)


Assalamulaikum dan hi semua..

Comel tak chocolate macarons che Nurul ni ? Dah lama tak buat macs ni rasanya dekat setahun kot dan semalam che Nurul bermacarathon ketung ketang kat dapur membuat cik Macs ni dan ada cerita lawak masa buat macs ni.

Saya buat dalam 2 tray dan untuk tray yang pertama semua pecah macam volcano wuhaaaa pasal apa jadi lagu tu ..sedih tau...check kat oven tengok-tengok suhu kat tombol oven berada kat paling max >250C ..la patutlah semua pecah. Sah anak solehah saya yang paling kecik pi pulas tombol suhu tu...salah saya juga tak pi tutup bilik baking saya tu .Walau pun pecah sana sini habis di makan oleh anak-anak saya.Sekurang-kurang nya tak membazir.

Jadi untuk tray yang kedua saya turunkan semula suhu ke 130C dan alhamdulillah cik Macs saya menjadi dengan jayanya walaupun kaki tak berapa tinggi (^__^).


Saya pernah share resepi Chocolate macarons ni di sini tapi saya letak semula untuk memudahkan semua .

Chocolate  Macarons
Sumber :Jill Collona-Mad about Macarons

Bahan-bahan:

150g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
80g gula kaster180g serbuk badam250g gula ising10g serbuk koko
cara-cara:1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan serbuk koko - kemudia setelah halus ,ayak campuran badam tadi.2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus. 
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer.
5. Campurkan mixture gula,koko dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.
6. Macaronage: kaup adunan dari bawah dan tekan ke disekeliling mangkuk-ini untuk keluarkan oksigen dari telur putih

7.Kemudian kaup  balik aduanan dari keliling mangkuk.
8.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)
9. Masukkan adunan kedalam piping beg

10. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.
11. Biarkan kering 40-45 mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.
12. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius  dan bakar selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C 
13. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan dengan filling .
Selamat Mencuba.

Burger Doraemon


Semalam Saya buatkan Burger Ayam versi Doraemon untuk Umar Dan Aishah.Roti burger di perbuat dari Roti Arab yang Jiran sebelah rumah bagi.Saya kecilkan roti arab tersebut dengan memotong dengan cutter bulat dan saya hiaskan dengan slice cheese,nori dancapsicum untuk hidung doraemon.Anak-anak saya tak minat pun cerita Doraemon ni ..tengok pun tak pernah tapi mak depa yang sangat teruja dan masih layan cerita Doraemon sampai sekarang hehehe.

Ok di sini saya nak share resepi kepingan Ayam untuk burger.Resepi ni dari adaptasi resepi kawan instagram saya iaitu kak Era iaitu Thai Chiken Balls atau bebola ayam thai.

Chicken patties atau kepingan burger ayam
500g cincangan isi ayam
3 batang daun bawang-cincang halus
1 biji carrot-parut halus
1 sb sos tomato
1 sb sos chili thai
2 sb tepung jagung
1 cawan serbuk roti/panko
sedikit minyak untuk grilling.

1.Campurkan semua bahan kecuali minyak.Bentukkan bulat2 sebesar bola tennis dan leper kan.Buar hingga habis.dan letakkan di atas clig wrap dan sejukkan dalam fridge selam 1 jam sebelum grill.
2.Keluarkan dari fridge dan grill kepingan ayam hingga masak.
3.Sapu roti dengan mayonis dan butter ..letakkan daun salad timun dan kepingan ayam tutup dengan roti untuk membentuk burger.



Kuih Ang ku Labu


Assalamulaikum dan Hi Semua.

Just nak share resepi Ang ku Kueh yang saya buat 2 hari sudah.Resepi ni memang terbaik so far di mana resepi ni dari favorite blog saya iaitu Nasi Lemak Lover.

Kuih Ang Ku Labu
Adaptasi dari resepi Ang Ku keledek

Inti kacang Hijau/mung bean
250g kacang hijau yang di buang kulit(boleh beli di tesco/giant)
140g gula
3 sb minyak masak

cara:
1.Basuh beberapa kali kacang hijau hingga air menjadi jernih dan rendam dalam air bersih selama 2 jam.
2.tapis 'mung bean',letakkan didalam periuk pengukus dan kukus selama selama 30 minit dengan api kuat.
3.Sementara 'mung bean' masih panas,kisar mung bean bersama gula dan minyak jagung di dalam Food processor hingga halus.
4.Ketepikan dan biarkan sejuk.Bulat-bulatkan inti dalam 13g setiap satu.

Doh labu atau kulit
300g isi labu-potong kecil-kecil
200g tepung pulut
1 sb tepung beras
3 sb minyak jagung
130g air panas-saya letak air suam

Cara:
1.Kukus labu hingga lembut
2.lecek labu hingga halus-ketepikan
3.Tmabahkan tepung pulut,tepung beras,minyak jagung dam labu lecek...perlahan-lahan masukkan air panas dan adun hingga membentuk doh yang lembut.rehatkan selama 10 minit.
4.Bulat-bulatkan doh seberat 17g setiap satu.

Cara membentuk :
1.Tabur kan sedikit tepung kedalam acuan kuih Angku
2.Ambil sebiji doh labu dan leperkan .Masukkan inti mung bean ,balut kemas inti dan masukkan ke dalam acuan kuih ang ku dan tekan lembut dan kemudian keluarkan kuih angku dengan menghentak acuan ke permukaan meja .
3.Letak kuih ang ku di atas potongan daun pisang yang telah di sapu dengan sediit minyak masak.Buat hingga habis kesemua doh labu.
4.Susun Ang Ku kuih di dalam peruik pengukus dan kukus selama 5 - 6 minit dengan api yg sederhana(jgn kukus dgn api yang kuat sebab boleh menyebabkan kuih ang ku jadi terlampau kembang dan leper serta tak cantik).
5.Dah siap kukus sapukan permukaan kuih dengan sedikit minyak jagung.


 Selamat mencuba----saya makan 6 biji sekaligus hehehe sebab sedap sangat.

Wednesday, September 2, 2015

Basic Sourdough Bread


Assalamualaikum.... (^_^)

Semalam Saya sudah share cara membuat Sourdough Starter dan hari ini saya nak share resepi Basic Sourdough Bread atau roti asas sourdough.Resepi ni dari buku 'Bread revolution' dari Duncan Glendinning dan Patrick Ryan.

Basic Sourdough Bread
Bahan-Bahan
500g tepung roti
400g sourdough starter(1 1/2 cawan)
250ml air
2-3 sk garam
1 sk gula

Cara:
1.Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata.
2.terbalikkan mangkuk ke atas counter top atau permukaan yang bersih dan mula menguli selama 10 minit sehingga elastik dan licin.(saya masukkan semua didalam mixer KA saya...cuma saya uli dengan tangan di penhujung proses)
3.Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yng telah di sapu dgn minyak zaitun dan tutup mangkuk dengan kain lembab.Biarkan ia naik....akan mengambil masa 2 ke 3 jam.Doh akan naik tapi tidak naik sehebat macam kita guna yis komersial.
4.Tumbuk doh untuk keluarkan angin.Bentukkan dalam 2 buku roti- boleh bentuk kan ikut kreativiti masing-masing-Mcam saya saya letak 1 doh dalam bakul Banetton dan satu lagi saya bentukkan lonjong.Biarkan doh yang di bentuk tadi naik-akan ambil masa 2 - 3 jam atau sehingga naik separuh tak perlu sekali ganda macam kita buat roti yg biasa.Sebelum bakar doh , taburkan tepung di atas permukaan doh roti dan  hiriskan bahagian atasnya untuk keluarkan lebihan gas dan ia juga akan membentuk corak yang cantik di permukaan roti. 
5.Panaskan oven pada suhu 220C dan bakar roti selama 35 ke 40 minit atau sehingga kerak yg cantik terbentuk.

Hasil carian imej untuk banneton basket

Banetton basket yang saya guna-picture dari google

Nota:untuk mendapatkan kerak yang cantik,semasa meletakkan roti didalam oven letakkan juga beberapa ais kiub di bawah tray roti ...ais kiub akan membentuk stim di dalam oven dan seterusnya membantu menghasilkan kerak yg cantik dan roti yg ranggup.

Lebihan starter boleh di simpan dan perlu beri ia makan- boleh refer di sini untuk cara memberi ia makan.

Selamat memcuba.

Tuesday, September 1, 2015

Sourdough Bread- cara membuat Starter

Assalamulaikum dan hi semua (^_^) ...

Entry kali ni saya nak share pasal Sourdough (SD) Bread atau Roti yang di perbuat dari natural yis.
Selalunya di Malaysia ataupun negara-negara Asia lebih gemarkan roti yang bertekstur lembut dan gebu tapi di negara-negara Eropah roti SD lebih di gemari dan mereka memanggilnya Artisan Bread.
Roti SD mempunyai personaliti yang sangat unik kerana setiap satu roti yang di perbuat dari natural yis ini akan menjadi lagi sedap setiap kali kita membuatnya..rahsianya ialah terletak pada 'Starter' SD tersebut..lagi lama kita menyimpannya starter tersebut lagi sedap dan bagus kualiti roti SD ni.


Raisins Poppy Seed Wholemeal SD Bread

Ada banyak cara dan kaedah pembuatan starter ni tapi saya menggunakan 3 jenis bahan asas iaitu yogurt asli,tepung roti dan susu.Setelah di peram selama 5 hari saya mendapat starter yang sangat berkualiti dengan di penuhi oleh mikrorganisma baik di dalamnya yang mana nanyi akan membantu roti yang saya buat naik dengan elok.Untuk makluman yis komersial macam mauripan tak di gunakan langsung untuk membuat roti SD ni.Semuanya bergantung pada natural starter sebagai agen penaik roti.

Saya mula membuat roti SD pada awal tahun ini dan selepas mendapat hasil yang bagus serta Suami saya juga menyukai rasa dan tekstur roti SD maka saya sentiasa membuatnya setiap minggu.
Cuma seminggu sebelum bulan puasa saya stop membuat roti SD dan saya habiskan kesemua stok starter saya.Maka minggu lepas saya buat semula starter saya dan hari ini selepas 5 hari saya memeram starter saya dengan penuh kasih sayang maka terlaksana lah sebiji roti SD.

Untuk makluman 'starter' SD ini boleh di simpan lama ..ada yang menyimpannya sehinnga 100 tahun macam bakeri-bakeri di Eropah.Diperturunkan dari satu generasi ke generasi.

Ok,saya nak share di sini cara membuat starter SD dari rumah.Kalau saya boleh buat tentu anda semua pun boleh buat dan saya pasti selepas anda merasai roti SD ini ,anda semua akan jatuh hati dan akan selalu membuat roti ni.

Natural Starter
Dari buku Bread Revolution-Duncan Glendinning dan Patrick Ryan

* starter elok di letakkan di tempat yang mempunyai aliran udara yang elok.

Day 1
175ml susu dari bancuhan susu tepung
75ml yogurt asli

cara:
panaskan susu sehinnga suam dan masukkan ke dalam mangkuk besar yg bersih.
Masukkan yogurt dan kacau sebati.Tutup mangkuk dengan plastik wrap.

Day 2
120g tepung roti

cara:
campurkan tepung roti ke dalam adunan yogurt dan kacau sebati.
Tutup semula mangkuk dengan plastik wrap dan biarkan selama 2 hari.
selepas 2 hari adunan starter akan di penuhi dengan buih  dan berbau masam.

Day 4
175g tepung roti
100ml air
40ml susu segar

cara:
campurkan kesemua bahan dalam adunan yogurt dan kacau sebati.Tutup semula mangkuk dan biarkan selama 12 ke 24 jam.

























Day 5
Starter sepatutnya sudah aktif dan dipenuhi dengan buih-buih kecil dan berbau masam yang elok seterti gambar di atas.
Dan sekarang masanya yang elok untuk buat Roti SD.Saya akan share cara membuat roti dalam next post.

Selalunya kita akan menggunakan separuh starter ni untuk membuat roti dan starter yang selebihnya akan di simpan dan kita perlu bagi 'makan' atau feeding untuk kegunaan yg seterusnya.

Untuk Lebihan Starter campurkan:
300g tepung roti
300ml air

cara:
campur sebati dalam lebihan starter dan ketepikan selama 12 jam dan selepas itu boleh guna lagi separuh starter untuk buat roti baru.Tetapi sekiranya anda tak nak bake roti SD pada hari seterusnya macam saya ,selepas bagi makan starter tersebut saya masukkan kesemua starter dalam tupperware besar bertutup dan simpan di dalam fridge.Bagi makan setiap 5 hari iaitu pada hari ke 5 keluarkan separuh starter tersebut dan bagi makan semula ikut formula lebihan starter .Sebelum guna keluarkan dulu starter dari fridge 2 jam sebelum membuat roti.

Cara saya - saya akan membuat roti SD ni setiap 5 hari dan pusingan ni memang berlarutan dengan memberi starter ni "makan" dan Insyallah starter ni akan hidup dengan baik selagi kita memberi ia makan.

Nota:Kalau nampak ada air timbul di permukaan starter maksudnya Starter anda sgt lapar dan kena terus bagi ia makan dan kalau tak starter anda akan mati.

Ini antara Roti-Roti Sourdough yang pernah saya buat.