Entry kali ni saya nak share pasal Sourdough (SD) Bread atau Roti yang di perbuat dari natural yis.
Selalunya di Malaysia ataupun negara-negara Asia lebih gemarkan roti yang bertekstur lembut dan gebu tapi di negara-negara Eropah roti SD lebih di gemari dan mereka memanggilnya Artisan Bread.
Roti SD mempunyai personaliti yang sangat unik kerana setiap satu roti yang di perbuat dari natural yis ini akan menjadi lagi sedap setiap kali kita membuatnya..rahsianya ialah terletak pada 'Starter' SD tersebut..lagi lama kita menyimpannya starter tersebut lagi sedap dan bagus kualiti roti SD ni.
Raisins Poppy Seed Wholemeal SD Bread
Saya mula membuat roti SD pada awal tahun ini dan selepas mendapat hasil yang bagus serta Suami saya juga menyukai rasa dan tekstur roti SD maka saya sentiasa membuatnya setiap minggu.
Cuma seminggu sebelum bulan puasa saya stop membuat roti SD dan saya habiskan kesemua stok starter saya.Maka minggu lepas saya buat semula starter saya dan hari ini selepas 5 hari saya memeram starter saya dengan penuh kasih sayang maka terlaksana lah sebiji roti SD.
Untuk makluman 'starter' SD ini boleh di simpan lama ..ada yang menyimpannya sehinnga 100 tahun macam bakeri-bakeri di Eropah.Diperturunkan dari satu generasi ke generasi.
Ok,saya nak share di sini cara membuat starter SD dari rumah.Kalau saya boleh buat tentu anda semua pun boleh buat dan saya pasti selepas anda merasai roti SD ini ,anda semua akan jatuh hati dan akan selalu membuat roti ni.
Natural Starter
Dari buku Bread Revolution-Duncan Glendinning dan Patrick Ryan
* starter elok di letakkan di tempat yang mempunyai aliran udara yang elok.
Day 1
175ml susu dari bancuhan susu tepung
75ml yogurt asli
cara:
panaskan susu sehinnga suam dan masukkan ke dalam mangkuk besar yg bersih.
Masukkan yogurt dan kacau sebati.Tutup mangkuk dengan plastik wrap.
Day 2
120g tepung roti
cara:
campurkan tepung roti ke dalam adunan yogurt dan kacau sebati.
Tutup semula mangkuk dengan plastik wrap dan biarkan selama 2 hari.
selepas 2 hari adunan starter akan di penuhi dengan buih dan berbau masam.
Day 4
175g tepung roti
100ml air
40ml susu segar
campurkan kesemua bahan dalam adunan yogurt dan kacau sebati.Tutup semula mangkuk dan biarkan selama 12 ke 24 jam.
Day 5
Starter sepatutnya sudah aktif dan dipenuhi dengan buih-buih kecil dan berbau masam yang elok seterti gambar di atas.
Dan sekarang masanya yang elok untuk buat Roti SD.Saya akan share cara membuat roti dalam next post.
Selalunya kita akan menggunakan separuh starter ni untuk membuat roti dan starter yang selebihnya akan di simpan dan kita perlu bagi 'makan' atau feeding untuk kegunaan yg seterusnya.
Untuk Lebihan Starter campurkan:
300g tepung roti
300ml air
cara:
campur sebati dalam lebihan starter dan ketepikan selama 12 jam dan selepas itu boleh guna lagi separuh starter untuk buat roti baru.Tetapi sekiranya anda tak nak bake roti SD pada hari seterusnya macam saya ,selepas bagi makan starter tersebut saya masukkan kesemua starter dalam tupperware besar bertutup dan simpan di dalam fridge.Bagi makan setiap 5 hari iaitu pada hari ke 5 keluarkan separuh starter tersebut dan bagi makan semula ikut formula lebihan starter .Sebelum guna keluarkan dulu starter dari fridge 2 jam sebelum membuat roti.
Cara saya - saya akan membuat roti SD ni setiap 5 hari dan pusingan ni memang berlarutan dengan memberi starter ni "makan" dan Insyallah starter ni akan hidup dengan baik selagi kita memberi ia makan.
Nota:Kalau nampak ada air timbul di permukaan starter maksudnya Starter anda sgt lapar dan kena terus bagi ia makan dan kalau tak starter anda akan mati.
Ini antara Roti-Roti Sourdough yang pernah saya buat.
21 comments:
Boleh tahu di mana boleh dapatkan buku sourdough tu. Tajuk bukunya?. Saya ingin cuba mencarinya. Sekarang nak cuba masak roti guna sd.
boleh guna susu kotak tak? mcm farm fresh punya tu?
X phm lh, kenapa.starter kena bg mkn? Nak bg makan apa maksudx??
X phm lh, kenapa.starter kena bg mkn? Nak bg makan apa maksudx??
suharni saini,
dalam starter tu dah wujud bakteria2 baik hasil dari peraman yogurt + susu. Kita bagi dia tepung supaya bakteria tu boleh makan semua gluten dalam tepung. pada pemahaman saya, starter mula digunakan bila semua gluten dalam tepung dah dimakan @ diurai oleh bakteria. sebab tu roti yg dibuat menggunakan SD jauh lebih baik + mesra utk usus berbanding roti komersil biasa.
yang tuan tanah btau suruh bagi makan, ia bermaksud semua gluten dalam tepung dah abes bakteria makan. sebab tu kita kena tambah tepung + susu + yogurt, supaya bilangan bakteria baik makin bertambah + dia boleh makan gluten dalam tepung yg baru kita tambah.
sama mcm kita bela kucing la...bezanya ni bela bakteria utk wat roti.
cuba guna starter wat cekodok, dap uu..huhuhu~
Permulaan buat starter tu simpan kt mne ye, luar peti sejuk ke...
Permulaan buat adunan starter tu kena simpan diluar peti sejuk ye...
Seronok sgt membaca cara buat SD starter tapi perlu cuba utk berjaya sbb roti SD jauh lebih sedap
Assalamualaikum and good evening. Im very interested with your starter culture for sourdough & i would like to discuss something with you regarding the sourdough. Can you please check your email as soon as possible?
Looking forward for your reply. Thank you!
Terima kasih atas perkongsian sd sangat manfaat. Saya ambil perkongsiannya sahaja dari Tuan punya blog dan para pengomen semua lain tiada dulu kini dan selamanya.
Nak tanya. Nak bagi makan tu sukatan dia berapa ye untuk tepung, susu dengan yogurt tu?
bila kita letak lebihan starter dlm fridge... sblm bagi mkn after 5 day, kena keluarkan awal ke drpd fridge sblm bagi makan?
Salam akak. Nak tanya starter ni ada halal haramnya x? Maaf sbb bertanya, sy cuma nak pastikan agar roti yg dihasilkan nanti boleh sy beri kpd kawan muslim.
Saya suka makan roti dan pastries. Terima kasih atas ilmu ini.
Sangat berminat dengan resepi sourdough y akak kongsi..saya dah email..harap akak sudi respond ❤️
Ahh bagoos..bagos
maaf sy pula tolong jawab di sini....boleh sis ...sbb cuma bakteria yg sama spt kita buat yogurt dan minuman susu kultur
Terimakasih sangat bermanfaat.. Hari ni nak cuba. Aku kasih kabar lagi jika sudah jadi :)
Saya berminat nk belajar buat sour dogh ni blh share ilmu dimana blh saya dptkan
Post a Comment