Sunday, December 30, 2012
Hantaran Birdcage cake for Linda
Made this cake for my friend's sister and it's for Linda's wedding hantaran(dowry) and the solemnization was held yesterday evening at Kg Bkt Changgang.Banting.
The bird cake cage was made from 6 inchs Cappuccino Marble Butter Cake and was ardoned with my homemade fondant and gumpaste flowers.
Have to say that I really enjoyed making this hantaran cake so much because It's been a while I didn't busy myself with the cake orders...it's like therapeutic...much of an emotional reward when the cake turns out the way I've envisioned it.Alhamdullilah...
Thanks Maz and Linda.
Saturday, December 22, 2012
Durian Cheese Cake
Akhirnya terlaksana sudah impian saya nak buat Durian Cheesecake(DCC) ,itu pun sebab DH minta saya buat kan DCC ni untuk dia....hmm...nampaknya dia yang mengidam hik..hik..hik..
Penat menunggu dengan sabar semalaman selepas bakar memang sangat berbaloi sebab ia sangat sedap dan sangat sesuai dengan tekak saya dan suami sebab tak manis sangat dan rasa durian yang lemak-lemak manis gitu.Saya ambil resepi dari buku faveret saya Delicious cakes by Amy Heng .. dan hanya buat 1/2 dari adunan.Saya sertakan resepi asal dan olahan resepi yang saya buat.
Durian Cheesecake-DCC
sumber: Amy Heng-Delicious Cakes
Untuk Dasar kek-Loyang 9"
250g Biskut Marie-hancurkan
30g gula kaster
110g mentega
Filling:
500g Cream Cheese(suhu bilik)
100g gula kaster
40g tepung jagung
200ml santan( dari sebiji kelapa)
100ml UHT Whipping Cream
3 biji telur(Gred A -pukul sedikit)
350g isi durian(puri)
Topping:(campur dan sebatikan)
60g susu
40g UHT Whipping Cream
1 bji kuning telur
1 biji telur
150g isi durian(puri)
1 sb gula kaster
Cara-Cara:
1-Dasar Cake- Cairkan mentega dan campurkan bersama biskut yang telah dihancurkan bersama gula.Tekan kedasar loyang 9" -Sejukkan sehingga keras.
2-Filling -Panaskan oven pada 140C.Pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim.Masukkan tepung jagung dan pukul lagi hingga licin.Masukkan santan dan UHT whipping cream.Pukul dan kemudian masukkan telur.pukul lagi hingga mesra.Akhir sekali masukkan puri durian-sebatikan.
3-Tuang no (2) keatas no (1).Bakar secara water bath.Bakar selama 1 jam.Kelurakan dari oven letakkan adunan topping -sapu rata dan masukkan kembali dalam oven dan bakar selama 15 minit.kemudian tukar ke fungsi grill dan grill selama 5 minit untuk dapatkan kesan keperang-perangan atas kek.
4-Sejukkan kek sebelum masukkan kan kedalam peti ais-sejukkan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dihidangkan.
**Ni pula olahan dari 1/2 adunan dari resepi diatas...
saya guna spring form 8 "
Untuk Dasar kek-Loyang 8"
250g campuran cornflakes dan nestum-mesin halus
30g gula kaster
110g mentega
Filling:
250g Cream Cheese(suhu bilik)
50g gula kaster
20g tepung jagung
100ml santan( dari sebiji kelapa)
50ml UHT Whipping Cream
2 biji telur(telur B grade -pukul sedikit)
200g isi durian(puri)
Topping:(campur dan sebatikan)
30ml susu
40g UHT Whipping Cream
1 biji telur
100g isi durian(puri)
1/2 sb gula kaster
Cara membuat sama seperti resepi asal-saya guna food prosessor sahaja.Senang dan mudah.
Selamat mencuba
Thursday, December 13, 2012
Macarons -Step by step
Mint Tea Macarons with Chocolate Ganache Filling
Saya tak lah pandai sangai buat Macarons ni tapi saya ada dapat email tanyakan cara-cara dan tips untuk buat Macarons...Jadi di sini saya kongsikan cara saya menghasilkan cik Macs ni dan kredit harus diberi kepada The Kitchen Guardian kerana selalu berkongsi tips dan panduan yang sangat berguna kepada saya....Terima Kasih ya Kak Yani a.k.a KG
Mint Tea Macarons dan Rose Macarons
Mint Tea Macarons
Bahan-bahan: Olahan dari Jill Collona
75g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
40g gula kaster
90g serbuk badam125g gula ising
1 sachet Mint tea
cara-cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan juga serbuk teh-ayak (saya tak pernah ayak adunan yang telah dikisar.)
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai
masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga
terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk
tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan seperti gambar di bawah.
5. Masukkan pewarna dan
guna speed 1 untuk sebatikan.(saya guna wilton Gel colour)
6. Campurkan mixture gula
dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.
8.Kemudian kaup balik aduanan dari keliling mangkuk seperti gambar di bawah.
9.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)
11. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.
12. Biarkan kering 40-45
mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.
13. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius dan bakar selama 10
minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada
model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C )
14. Biarkan macaron sejuk
dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan
dengan filling .
Selamat Mencuba.
Kacang Botak
Anak saya Umar suka makan kacang,semua jenis kacang dia suka jadi untuk mempelbagaikan snek kekacang saya buat Kacang Botak....senang dan mudah...
Kacang Botak
bahan-bahan
2 cawan kacang tanah
2 biji putih telur(size A)
3 sudu besar gula
1 cawan tepung goreng serbaguna
2 tangkai daun kari
cara-cara
1.goreng kacang tanpa minyak selama 2 - 3 minit
2.pukul putil telur dengan gula hingga larut
3.masukkan kacang dalam dulang besar,masukkan 1/3 bahagian telur putih dan goncangkan hingga semua kacang di selaputi telur
4. masukkan 1/3 bahagian tepung .goncang lagi hingga kacang diselaputi tepung
5.Ulang langkah 3 - 4 sehingga telur habis
6.goreng dengan minyak yang banyak sehingga perang.toskan dan sejukkan .Simpan dalam nbekas kedap udara.
Wednesday, December 5, 2012
Dates # 2 - Eggless Dates Cake
Tapikan anak saya ,Umar tak suka pulak kek ni...haishh...
Rasanya kek sangat sesuai untuk hari raya nanti(lambat lagi ha..ha..) sebab rasa dia ala-ala kek buah yang dikukus gitu :D dan saya rasa kalau tukar pakai buah prune ok juga..
Saya ambil resepi di sini dan macam biasa saya ubah sikit ikut citarasa saya...
Eggless Dates Cake
Sumber: Olahan dari Aiyi's Recipes
Bahan-bahannya:
18 biji kurma -buang biji
1/3 cawan air
1/3 cawan air
3/4 cup susu segar
1/2 cup gula
1/2 cup mentega yang dicairkan
1/2 cup mentega yang dicairkan
1 cup tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking soda
1 sudu makan kekacang yang disukai-saya letak hazelnut
*16 biji hazelnut untuk hiasan.
*16 biji hazelnut untuk hiasan.
Method:
1.Panaskan kurma dengan 1/3 cawan air di atas api kecil. Kacau hingga kurma lembut. Tutup api dan masukkan Susu segar
2. Kemudian masukkan gula dan blendkan
sehingga menjadi paste yang lembut.
3. Masukkan pula butter cair dan
kacau sebati.
4. Tepung di ayak bersama soda bikarbonat.
Masukkan tepung sesudu demi sesudu ke dalam kurma paste tadi dan kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan kekacang.
5.Tuangkan adunan kedalam loyang 4 segi 8" x 8" yang telah di gris dan dialas dgn kertas baking.susun kacang hazelnut.
6.Bakar pada suhu 170C selama 30 ke 35 minit.
5.Tuangkan adunan kedalam loyang 4 segi 8" x 8" yang telah di gris dan dialas dgn kertas baking.susun kacang hazelnut.
6.Bakar pada suhu 170C selama 30 ke 35 minit.
Tuesday, December 4, 2012
Dates #1 - Banana Chocolate Muffin with Dates
Saya buat muffin ni sebab nak habiskan stok buah kurma yang masih berbaki dalam simpanan.Muffin ni senang nak dibuat sebab cara pembuatan hanya menggunakan Food Processor(FP) :D dan yang penting ia sedap.Gabungan pisang dan juga kurma ni sangat berhasil sebab ia membuatkan tekstur muffin menjadi sangat moist....
Banana Chocolate Muffin with Dates
Olahan:Nurul
Bahan-bahan:(Anggaran 8 - 10 biji)
(A)
170g tepung gandum
30g serbuk koko
100g gula castor
1 sk baking powder
secubit garam
(B)
2 biji telur
75ml minyak masak
100ml susu segar
sedikit esen vanilla
4 biji pisang emas-dipotong
8 biji kurma-dibuang biji dan di cincang halus
Cara-Cara:
1.Panaskan ketuhar pada 170C
2.Masukkan semua bahan-bahan (A) dalam Food Processor(FP).Kisar sehingga sekata
3.Kemudian masukkan bahan-bahan(B) kedalam FP.Kisar hingga sebati.
4.Ceduk adunan kedalam acuan muffin.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba...
Banana Chocolate Muffin with Dates
Olahan:Nurul
Bahan-bahan:(Anggaran 8 - 10 biji)
(A)
170g tepung gandum
30g serbuk koko
100g gula castor
1 sk baking powder
secubit garam
(B)
2 biji telur
75ml minyak masak
100ml susu segar
sedikit esen vanilla
4 biji pisang emas-dipotong
8 biji kurma-dibuang biji dan di cincang halus
Cara-Cara:
1.Panaskan ketuhar pada 170C
2.Masukkan semua bahan-bahan (A) dalam Food Processor(FP).Kisar sehingga sekata
3.Kemudian masukkan bahan-bahan(B) kedalam FP.Kisar hingga sebati.
4.Ceduk adunan kedalam acuan muffin.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)