Mint Tea Macarons with Chocolate Ganache Filling
Saya tak lah pandai sangai buat Macarons ni tapi saya ada dapat email tanyakan cara-cara dan tips untuk buat Macarons...Jadi di sini saya kongsikan cara saya menghasilkan cik Macs ni dan kredit harus diberi kepada The Kitchen Guardian kerana selalu berkongsi tips dan panduan yang sangat berguna kepada saya....Terima Kasih ya Kak Yani a.k.a KG
Mint Tea Macarons dan Rose Macarons
Mint Tea Macarons
Bahan-bahan: Olahan dari Jill Collona
75g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
40g gula kaster
90g serbuk badam125g gula ising
1 sachet Mint tea
cara-cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan juga serbuk teh-ayak (saya tak pernah ayak adunan yang telah dikisar.)
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai
masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga
terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk
tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan seperti gambar di bawah.
5. Masukkan pewarna dan
guna speed 1 untuk sebatikan.(saya guna wilton Gel colour)
6. Campurkan mixture gula
dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.
8.Kemudian kaup balik aduanan dari keliling mangkuk seperti gambar di bawah.
9.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)
11. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.
12. Biarkan kering 40-45
mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.
13. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius dan bakar selama 10
minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada
model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C )
14. Biarkan macaron sejuk
dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan
dengan filling .
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment