Monday, June 17, 2013

Nutty Crunchy Granola

As Salam dan hai semua....

Semalam adalah Hari Bapa dan ini memang entry tertunggak..he..he..tak sempat nak post semalam...
Jadi semalam saya ada buat sesuatu untuk suami sempena Father's day...


Homemade Nutty Crunchy Granola....

Suami saya mmg suka dgn segala jenis kekacang dan biji-bijian sihat...
Alhamdullilah dia sangat suka dengan my humble gift ni he..he.. yelah isteri dia tak kerja mana ada duit nak beli hadiah mahal2 kan... wink..wink dia kata saya kreatif..ha..ha..tak lah sgt coz saya dapat idea nak buat Nutty Jar ni saya dapat dari sini ..... dan LizzieJane letak cashew nuts, saya letak Granola...dan untuk resepi saya dapat idea sewaktu menonton rancangan memasak Nigella Lawson...Puan Nigella tak letak segala jenis seed-seed tu dia cuma letak kekacang and oats ja and kalau ikut betul-betul resepi dia mau dapat kencing manis ...jadi saya olah ikut apa yg ada kat pantry saya serta ikut citarasa suami saya....

Resepi
Nutty Crunchy Granola
(A)-campur kesemuanya
2 1/2 cwn rolled oats
1 cwn hazelnut
1 cwn walnut
1/4 cwn flaxseed
1/2 cwn biji labu-pumpkin seed
1/4 cwn sesame seed-bijan

(B)(campur -kacau sebati)
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn golden syrup-sirap kencana
1/2 cwn mentega masin-cairkan
1/2 sk serbuk kayu manis



Cara:
1-Panaskan oven pada 180C-lapik dulang membakar dengan baking paper
2- Campurkan A dan B -gaul rata
3-Letakkan adunan tadi atas dulang pembakar-ratakan
4-Bakar selama 10 minit- keluarkan balik-balikkan kemudia masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.Selepas itu keluarkan semula balik-balikkan sekali lagi dan masukkan semula dalam oven untuk 5 atau 10 minit lagi.
5-Keluarkan dari oven sejukkan-tunggu sehinnga sejuk -pecah-pecahkan ia dan simpan didalam bekas kedap udara.

*** sedap dimakan dengan yogurt dan keju mascaporne dan suami saya suka makan macam tu saja.

No comments: