Wednesday, July 31, 2013
Biskut Raya # 4 - Biskut Suji Almond
Ni adalah biskut yg terakhir kot saya buat....sebenar dah tak nak buat tapi memandangkan saya kena habiskan stok tepung semolina @ suji yang dah nak expire tak lama lagi jadi projek biskut ni terlaksana jugak....
Macam biasa saya sekodeng resepi kat blog Kak Wan @ K1 ... dan ternyata berbaloi usaha keras saya ni muahaha...macam la teruk sangat nak buat cookies ni...senang sebenar, tak susah pun...
Paduan badam dan suji memang sedap dan bila makan cair ja kat mulut ...I loikeee
Thanks ya K1 for sharing simple recipe but with a great taste ^__#
Biskut Suji Almond
Resepi asal:Chef Zubaidah
Sumber: K1 Citarawan
Bahan A
150g mentega (saya guna anchor)
30g minyak sapi
80g gula castor
1/2 sk esen vanilla
Bahan B
50g serbuk badam
60g tepung suji
220g tepung gandum
1/4 sk serbuk penaik
Hiasan: kuning telur dan badam nibs
Cara:
1-Sebatikan Bahan A
2-Kemudian campurkan Bahan B
3-Uli lembut adunan dan terap dengan acuan
4-sapukan kuning telur dan taburkan dgn badam nibs
5-Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sampai kekuningan(saya bakar pada suhu 150C selama 25 minit)
Tuesday, July 30, 2013
Biskut Raya # 3 - Biskut Casablanca Delight
Biskut ke 3 yang saya buat untuk Bonda dan MIL...Casablanca Delight Cookies ....
Resepi yang saya ambil dari blog Kak Wan or K1 .... dan memang betul kata K1 biskut ni sedap dan cair dimulut ^___^ ...gabungan oats , nestum ,serbuk badam serta bijan hitam sangat serasi dan sudah semestinya tahun depan akan saya buat lagi he..he...
Casablanca Delight cookies
Resepi asal:Chef Zubaidah
Sumber: K1 Citarasawan
Bahan:
(A)
130g Mentega
20g Shortening
70g Gula Kastor
(B)
30g nestum yg diramas (saya tak ramas pun)
30g Oat -panggang dan kisar (saya tak panggang pun cuma kisar saja)
30g serbuk badam
20g bijan hitam
(C)
25g tepung jagung
10g tepung beras
150g tepung gandum
Hiasan: kuning telur serta ceri merah dan hijau
Cara:
1-Sebatikan A dan masukkan bahan B dan kacau rata
2-Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai nipis
3-Terap dgn acuan dan sapu kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau
4-Panaskan oven pada 140C dan bakar selama 30 minit atau hingga kekuningan(saya guna 150C dan bakar selama 25 minit)
Saya buat 2 adunan sebab kalau tengok resepi dapat sedikit saja ....maklumlah nak bahagikan kepada 3 buah rumah he..he..tu yg kena buat 2 adunan...
Biskut Raya # 2 - Jejari Oats
Ni biskut kedua yang saya sempat buat untuk bonda dan MIL tercinta...Biskut Jejari oat...biskut ni memang kegemaran keluarga saya dan sejak kawin ni adalah biskut wajib yang saya buat setiap tahun.
Biskut Jejari Oats (anggaran dalam 140 ke 150 biji)
Bahan A
250g oats - kisar halus
200g gula kastor
1 1/2 sb serbuk koko
200g ghee
125g mentega
Bahan B
400g tepung -ayak
hiasan- susu tepung
cara:-
1-Campurkan bahan A dalam mangkuk yg besat-kacau sebati
2-Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga mendapat adunan yg lembut-tak perlu campur kesemua ya sebab kadang-kadang oats yg digunakan mempunyai tekstur yg berlainan.
3-kemudian bentuk seperti jejari atau pakai cutter kalau nak sama besar
4-bakar pada suhu 160C selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak.
5-sejukkan biskut dan salutkan dengan susu tepung.

Monday, July 29, 2013
Biskut Raya #1 - Almond Florentine
Ini adalah 1st biskut atau kudapan yang saya buat untuk Mak dan MIL saya....
Almond Florentine .... sebenarnya niat dihati nak guna tepung mix Florentina saja sebab ia akan memudahkan mak buyong macam saya tapi bila pergi cari kat bakery di serata Puchong semua hampa belaka sebab dah kehabisan stok...dan semua kedai kata akan restock balik lepas raya...hu..hu..mmg lakukan Florentina mix ni ,macam goreng pisang panas ...saya agak pengusaha2 kuih raya yg borong semua ni...he..he..takpalah ...nasib baik sebelum pi kedai bakery saya dah bersedia dgn bahan-bahan yg perlu dibeli utk buat Florentine tanpa tepung mix.Walaupun kena buat lebih kerja sikit tapi senang sebenarnya...

Hasil Florentine yg di buat tanpa tepung mix dan yg penting RASA tu sama ^___^ dan sangat ranggup.
Almond Florentine
bahan A
180g campuran sliced almond,pumkin seed,sunflower seed
2 sb tepung gandum
1 sb bijan hitam
1/4 sk garam
bahan B
85g mentega tanpa garam
2 sb light corn syrup-kalau tak ada boleh ganti dgn golden syrup
2 sb diary whipping cream
1/2 cawan gula halus
1/2 sk esen vanila
Cara:-
1-Sediakan loyang berukuran 12 x 12 x 1 inch dan alaskan permukaan dengan baking paper yg berkualiti atau kertas minyak biasa tapi kena griskan dgn mentega diatasnya atau pakai silpat.
2-Campurkan semua bahan A dan ketepikan
3-Campur semua bahan B kecuali esen vanilla-masak diatas api yg sederhana-sesekali kacau dan apabila ia dah mendidih-biarkan selama ia memdidih selama 1 minit dan tutup api masukkan esen vanilla.
4-tuang B kedalam A -kacau rata dan ratakan atas dulang pembakar.
5-Bakar pada suhu 180C selama 10 - 15 minit atau sehingga keperangan.
6-keluarkan dari oven dan terus potong dengan pizza cutter dan tunggu sejuk untuk ceraikan kepingan florentine-simpan dalam bekas kedap udara.
**tips-masa ratakan atas dulang biarkan ada ruang 2 inch di bahagian tepi sebab nanti adunan akan mengembang dan kat bahagian tengah tu ratakan senipis mungkin dari bahagian tepi...nanti baru akan dapat kepingan yg ranggup.
Friday, July 26, 2013
3rd Trimester dan Insyallah Oktober
Salam semua...
Ya..saya sekarang tengah hamil dengan anak yg ketiga dan sekarang ni dah masuk trimester yang ke 3 .... Alhamdullilah segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T...
Saya cuma mendapat alahan yang teruk pada 1st trimester ja...itu perkara biasa...
Dan didalam bulan Ramadan ni syukur saya dapat berpuasa dengan jayanya tanpa sebarang masalah cuma saya tak boleh berdiri lama disebab kan masalah varicose vein yang teruk....
Masak tetap masak walaupun jalan macam penguin skrg ni...tapi saya masak yang simple-simple saja.
Kuih raya saya dah start buat ...baru 2 jenis ...nantilah saya share ya...kena buat awal sebab saya nak kirim kuih raya kat en.suami yang akan pulang ke Kodiang before raya...nak bagi kat Mak and MIL...maklumlah saya tak balik beraya di kampung tahun ni...sob..sob...sedih ...Suami tak dapat cuti lama dan sepanjang 9 tahun berkahwin saya dan suami tak pernah drive balik kg sebab suami saya tak suka drive lama-lama ...almaklumlah jarak Kedah and Perlis mau ambik masa 6 ke 7 jam perjalanan...selalunya kalau balik Kg kami ambil flight ja...but this year mmg tak boleh sebab mak buyong dah masuk 7 bulan lebih by the time dekat-dekat raya ,kalau naik flight mmg kena tahan tak boleh naik...kira kata beraya di perantauan gitew...hu..hu...
Tak nak celoteh banyak nantilah ya saya share biskut raya yang saya buat ^___^
Cookies yg saya tolong hiaskan dengan royal icing buat kawan saya-cookies di buat sendiri oleh kawan saya.....

Monday, July 8, 2013
Eclairs
Salam semua...
Eclairs ni saya buat dah lama ...3 minggu sudah...dok peram sebab apa pun tak taw....saya buat eclairs sebagai upah untuk En Suami sebab sanggup jaga anak-anak sebab saya outing berjimba-jimba dengan BFF ,Nor Insyirah Osman.... lama kami tak outing sesama rasanya dah dekat 9 tahun...jumpa bersama keluarga boleh dikatakan selalu tapi berdua mmg dah lama...
Ok jom layan gambar Eclairs yg pada hemat saya dan suami sgt sedap ni.. ^__^
Saya ambil resepi dari Kak Rima yang sgt fames tu,tapi untuk filling saya guna resepi lain.
Saya malas nak translate... saya copy and paste je...
Vanilla Eclairs
Sumber: Rima ,Bisous A Toi
Ingredients
1 / 3 cup water
1 / 3 cup milk
1 / 2 cup all purpose flour
65gr Salted butter
2 eggs
1 egg yolk( Saya guna 3 biji telur gred B )
pinch of salt
pinch of sugar
Method:
Éclair
1. Heat water, milk, butter & sugar until boil, remove from fire, add sifted flour, stir well, return to the fire, stirring until dough does not stick to the pan (leaves a thin layer of skin on ur pan), remove from fire.
2. Add the eggs one at a time while stirring till well blended. Scoop batter into pipping bag, snip tip and pipe elongated with a size according to taste.
3. Bake at temperature of 220C for 15-20 minutes until the surface is yellowish. Do not open till its fully baked.
4. Remove and let it cool down bef piping vanilla custard. baked it using 200C for 15 mins.. take it out.. cut a small hole on my puff and place it it back into the oven again for abt 10mins - to dry them
Vanilla Pastry Cream
Sumber: Kak Yani Kithen Guardian - which the original recipe from Chef Safura Atan
100g milk
1 teaspoon vanilla essence
55g sugar
20g corn flour
3 egg yolk
pinch of salt
1/2 cup whipping cream- whipped until soft peaks form
1. Scald milk and vanilla pod, let it infuse for 5 minutes.
2. Mix the egg yolks, sugar, salt and corn flour making sure there are no lumps.
3. Heat the milk until it starts to boil.
4. Pour 1/3 of the milk into the yolk mixture and pour back the yolk mixture into the pot.
5. Continuously stir using a whisk until small bubble appear. Cook for another 2 minutes. Remove and pour into another container and cover with cling film. Cool down and chill for 2 hours.
6. Once cold fold in the whipping cream. Place in fridge until ready to use.

Subscribe to:
Posts (Atom)