Friday, July 26, 2013

3rd Trimester dan Insyallah Oktober

Salam semua...

Cookies yg saya tolong hiaskan dengan royal icing buat kawan saya-cookies di buat sendiri oleh kawan saya.....

Ya..saya sekarang tengah hamil dengan anak yg ketiga dan sekarang ni dah masuk trimester yang ke 3 .... Alhamdullilah segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T...
Saya cuma mendapat alahan yang teruk pada 1st trimester ja...itu perkara biasa...

Dan didalam bulan Ramadan ni syukur saya dapat berpuasa dengan jayanya tanpa sebarang masalah cuma saya tak boleh berdiri lama disebab kan masalah varicose vein yang teruk....
Masak tetap masak walaupun jalan macam penguin skrg ni...tapi saya masak yang simple-simple saja.

Kuih raya saya dah start buat ...baru 2 jenis ...nantilah saya share ya...kena buat awal sebab saya nak kirim kuih raya kat en.suami yang akan pulang ke Kodiang before raya...nak bagi kat Mak and MIL...maklumlah saya tak balik beraya di kampung tahun ni...sob..sob...sedih ...Suami tak dapat cuti lama dan sepanjang 9 tahun berkahwin saya dan suami tak pernah drive balik kg sebab suami saya tak suka drive lama-lama ...almaklumlah jarak Kedah and Perlis mau ambik masa 6 ke 7 jam perjalanan...selalunya kalau balik Kg kami ambil flight ja...but this year mmg tak boleh sebab mak buyong dah masuk 7 bulan lebih by the time dekat-dekat raya ,kalau naik flight mmg kena tahan tak boleh naik...kira kata beraya di perantauan gitew...hu..hu...

Tak nak celoteh banyak nantilah ya saya share biskut raya yang saya buat ^___^

2 comments:

Unknown said...

all the best ye kak. sentuhan akak memang selalunya cute mute. Wah akak biaq betui 9 tahun tak pernah balik kg driving?? amazing sungguh. kami sekeluarga sangat enjoy roadtrip..walaupun kekadang tu rasa nak nangis je tempuhi jem teruk sangat. ;)

Cake2u said...

Chemi Ema, Imah ....En Suami tak tahan driving jauh2 dia cepat letih and bini dia mmg tak boleh diharap kalau bab2 driving kat highway ni he..he..kak nurul mmg enjoy kalau dapat drive blk kg mcm ada semacam ja feeling tu kan..best..tapi tu lah dah long-long time ago..ha..ha..