Tuesday, July 30, 2013

Biskut Raya # 2 - Jejari Oats

Ni biskut kedua yang saya sempat buat untuk bonda dan MIL tercinta...Biskut Jejari oat...biskut ni memang kegemaran keluarga saya dan sejak kawin ni adalah biskut wajib yang saya buat setiap tahun.


Biskut Jejari Oats (anggaran dalam 140 ke 150 biji)
Bahan A
250g oats - kisar halus
200g gula kastor
1 1/2 sb serbuk koko
200g ghee
125g mentega

Bahan B
400g tepung -ayak

hiasan- susu tepung

cara:-
1-Campurkan bahan A dalam mangkuk yg besat-kacau sebati
2-Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga mendapat adunan yg lembut-tak perlu campur kesemua ya sebab kadang-kadang oats yg digunakan mempunyai tekstur yg berlainan.
3-kemudian bentuk seperti jejari atau pakai cutter kalau nak sama besar
4-bakar pada suhu 160C selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak.
5-sejukkan biskut dan salutkan dengan susu tepung.

No comments: