Sunday, September 15, 2013

Kek Gulung Kasih


Roll cake @ Kek Gulung Kasih yang saya buat semalam untuk minum petang sebagai meraikan kedatangan sepupu yang datang bertandang.
Resepi yang sangat mudah dgn penggunaan bahan yang minimal dan dalam masa 1 jam semua siap.....suke...suke...dan kek ni sangat gebus UOLs
Saya ambil resepi diblog Izah dan resepi asal dari DayangJack ....

Kek Gulung Kasih
Sumber asal: DayangJack
Sumber2 : Izah Muffin Lover

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna kegemaran
cara-cara :
1-Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2-Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3-Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4-Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
5-Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
6-Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. (cara saya : Terbalikkan kek diatas sehelai kertas minyak yang besar sedikit dari saiz kek.keluarkan alas bawahnya.Lapik sehelai lagi kertas minyak diatas motif corak tadi kemudian terbalikkan keatasnya.ini untuk mendapatkan motif corak di bahagian bawah-kalau kat permukaan atas kaler tak berapa cantik sebab dah brown )
7-Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan

No comments: