Monday, May 11, 2015

Brownie Kedut yang menjadi Trend


Rasanya sekarang ni trend kot sana sinun ada brownie kedut medut ni... dan che Nurul pun taknak lah ketinggalan keretapi buat sama maka berguru lah dgn En Google dan terjumpa resepi ni di sini .
so verdictnya saya memang rekomen Uols cuba mmg tips yang di beri sgt telus (hehehe) sebab che nurul buat jadi...nampak tak kedut-medut itu.? itulah hasil experiment yg pertama dan menjadi dgn jayanya.

Resepi ni suruh guna loyang 8inci tapi che Nurul terlampau excited nak buat tak baca kat bahagian ni...I pi guna loyang 12 inci dik non so nipis la brownie kedut I tu tapi yg pasti Brownie ni mmg sedap dan fudgy macam yg che Nurul suka...tak caya Uols cuba buat ya...


Ni cik Nurul kongsi resepi yang Cik Nurul translate dan tukaq conversion yg sesuai dgn citarasa Cik Nurul yg suka pakai cup dan gram...

Crinkled top fudgy Brownie
Original resepi : CookieandKate
10 sb mentega tawar ( 142g/5 oz)
1 1/4 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sk garam laut(sea salt)
1/4 sk baking powder
1/2 sk serbuk expresso ( saya guna nescafe decaf)
2 biji telur(grade A) sejuk (chilled)
1 1/2 sk vanilla essence ( saya terlupa letak tp masih sedap)
2/3 cawan tpg gandum
2 oz semi sweet choc- cincang kasar

cara:
-Panaskan oven pada suhu 160C - gris loyang dgn mentega dan alaskan dgn kertas baking-lebihkan sedikit untuk memudahkan brownie keluar dari loyang nanti.
-membuat mentega perang- cairkan mentega dalam periuk dgn api yg sederhana.kacau selalu mentega sehinnga warna mentega bertukar kepada warna emas pucat dan secara perlahan-lahan bertukar kepada perang terang( tapi jhn terover perang sgt sbb nanti brownie jadi pahit)
-tutup api dan masukkan gula.Kemudian campurkan serbuk koko,garam laut,baking powder dan serbuk nescafe.kacau sebati .Biarkan adunan sejuk sebentar dalam 5 minit.
-Campurkan telur satu sebiji dahulu then kacau laju dgn spatula kayu kemudian masukkan sebiji lagi dan ulang proses yang sama.bila adunan nampak likat ,pekat serta licin masukkan esen vanilla dan tepung.kacau sehingga sebati.
-kacau laju dan secara kasar macam tolak-tarik pusing-pusing(jangan rasa bingung ya -omputeh kata beat vigorously for 50 strokes-kalau tak paham juga just kacau sampai mesra gaduh-gaduh hehehe) gitu dalam 50 kali.
-masukkan cincangan chocolate -kacau rata
-tuang adunan kedalam loyang dan gunakan pisau untuk buat corak kasat-kasar atas permukaan aduanan.
-Bakar selama 25 minit-(disebabkan cik Nurul silap baca arahan dan gunakan loyang 12 inci maka cik nurul bakar selama 20 minit sahaja)

Potong bila dah sejuk ya......selamat mencuba


No comments: