Friday, August 31, 2012

Kepingan ranggup Badam dan Biji labu /Crispy Almond and Pumpkin Seed

Kuih raya dah habis, nak tak nak kena buat sesuatu untuk tetamu yang bertandang....maka dengan kerajinan yng tak seberapa maka saya buat kepingan ranggup badam dan biji labu...senang dan sedap...


Kepingan Ranggup Badam dan Biji Labu
Bahan-Bahan
1 biji telur + 1 biji telur putih
3 sk minyak jagung
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan tepung red rose/tepung gandum
1 cawan kepingan badam
3/4 cawan biji labu
1/4 cawan biji matahari(sunflower seed)


cara :-
1-Panaskan oven pada suhu 170C
2-Sediakan 2 dulang dan letakkan 2 helai kertas baking berukuran 10" x 15" .Sapukan kertas dengan lapisan nipis minyak diatasnya.
3-Campukan telur dan minyak-kacau rata dengan whisker
4-Masukkan gula-kacau lagi hinnga sebati dan masukkan tepung-kacau lagi
5-masukkan badam,biji labu dan biji bunga matahari-gaul rata
6- letak 1/2 adunan atas kertas baking-sapu rata-rata senipis mungkin hingga menutupi kedua-dua kertas. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperang-perangan.

variasi:
boleh letak badam sahaja - 2 cawan badam
penggunaan tepung red rose adalah untuk meranggupkan lagi-kalau guna tepung gandum pun ok juga..

My little muchkin dah pandai meniarap...tengah lasak sekarang dan sangat clingy...

Selamat Hari Merdeka yang ke 55

Selamat hari merdeka yg ke 55 untuk negara ku yang tercinta....keamanan yang di perolehi,jgn sesekali dimusnahkannya! Bangga menjadi rakyat Malaysia,1 Malaysia 1 negara!! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Berbalik pada baking pula ....saya buat Brownies Walnut untuk potluck Hari Raya dan Merdeka di Playschool Umar semalam .....ni antara resepi brownie kegemaran saya yang saya ambil dari buku The joy of  Baking keluaran Bake With Yen...sangat chocolatey ,chewy gooey dan sedap dengan gabungan walnut didalamnya....nak buat pun senang...

 
Brownie Walnut
Bahan-Bahan  - sumber buku The Joy of Baking-Bake with yen
(A)-cairkan menggunakan teknik double boil
185g Mentega
280g Dark Cooking Chocolate(DCC)
 
(B)
3 biji Telur (gred A)
185g Gula halus ( saya letak 85g sahaja)
1 sk esen vanila
 
(C)
185 Tepung gandum
200g walnut-cincang kasar
 
Cara:
1-Cairkan (A) secara double boiler
2-Pukul(B) dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
3-Tambahkan (A) kedalam (B) dan kacau sebati;akhir sekali tambah (C)-kacau sebati.
4-Bakar pada 180C selama 20 ke 25 minit menggunakan acuan yg telah digris 10" x10" x 1 1/2".
5-Sejukkan brownie dan tuangkan choc ganache keatasnya...biarkan ganache mengeras kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki...
 
Chocolate Ganache
100g whipping cream
250g dark cooking chocolate(saya guna Van Houten)
-panaskan cream hingga naik wap.tutup api dan masukkan kepingan chocolate yg telah dipotong kecil-kecil.kacau hingga sebati. 


Saturday, August 25, 2012

Strawberry Macarons


Hasil lebihan telur putih dari kek lapis prune yang saya buat masa raya hari tu....disebabkan juga biskut raya dah tinggal sikit maka nak tak nak saya kena buat sesuatu untuk dihidangkan kepada tetamu yang bakal bertandang...jadi saya buat Strawberry Macarons....untuk macaron shell saya guna teh lipton berperisa strawberry  dan saya letak strawberry swiss meringue buttercream untuk fillingnya...hurm..yummy...


Strawberry Macarons

150g telur putih(8 hari terperam dalam fridged saya)
80g gula caster
180g serbuk badam
250g gula ising
2 sachet teh berperisa strawberry

cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan juga serbuk teh-ayak dan ketepikan
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.
5. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.
6. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
7. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji macaron.
9. Biarkan kering 40-45 mint.
10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven). 
11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan dengan filling
 

Strawberry Swiss meringue buttercream

100g putih telur
100g gula castor
300g mentega tawar sejuk (saya guna tatura unsalted)-potong dadu
1 sb strawberry emulco/paste

cara:
1.Menggunakan teknik double boil...panaskan telur putih dan gula,kacau dengan whisker sehingga gula larut (kalau guna termometer panaskan hingga 65C sahaja)
2.Tuang campuran putih telur kedalam mangkuk pengadun,pukul menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan jadi kembang dan halus(yg ni pakai ballon whisk)
3.masukkan mentega dadu satu persatu hingga habis.kemudian tukar kepada K beater terus pukul sampai kembang err..macam adunan buttercream...kemudian tambahkan strawberry  emulco-kacau sebati.

Friday, August 24, 2012

Opera Cake

Selamat Hari Raya semua.....mesti sekarang masing-masing dah pulang dari kampung ...saya hari raya kedua dah balik ke Salak Tinggi...hmmm macam tak puas jer beraya kat kampung tempoh hari sebab tak dapat jumpa dengan semua sedara mara....ha..ha..tak pa raya haji insyallah boleh jumpa...

Kek Opera yang saya buat bersempena hari istimewa saya dan suami...our 8th anniversary....sebenarnya dah lama saya teringin nak buat cake ni tapi biasalah kan bila saya tengok cara pembuatan yg rumit terus saya tak bersemangat nak buat(malas yg betui nya)...tapi sebenarnya bila dah buat tak sesukar mana...sangat senang dan mudah...

Resepi cake opera ni saya adaptasi kan dari beberapa resepi yang saya dapat dari buku,majalah dan internet......terima kasih pada Kak Rima , Kak Azlita dan Majalah Femina kerana memberikan tips dan cara pembuatan yg saya rasa sangat mudah dan menyenangkan hidup saya..he..he..

Opera Cake
Jaconde cake
(A) Gaul sebati
170g serbuk badam
150g gula icing
50g tepung kek
4 biji telur (gred A)

(B)
160g putih telur
20g gula castor

(C)
60g minyak jagung

Method:
1.Sediakan loyang 9"x13"x2".Lenser dengan mentega dan lapik dgn kertas baking.Panaskan oven pada suhu 180C. Campurkan A.Gaul Sebati pakai spatula saja
2.Pukul putih telur sampai kembang kemudian masukkan gula....pukul adunan sampai kaku-bila diterbalikkan tak jatuh dari mangkuk
3.Masukkan minyak jagung-kacau rata
4.Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar selama 20 ke 25 minit.Sejukkan

Chocolate Ganache
300g Chocolate masakan
200g whipping cream

cara:
panaskan whipping cream.setelah naik wap tutup api dan masukkan chocolate yang telah di potong kecil-kecil dan kacau sebati.biarkan ia sejuk dan pekat.

Swiss coffe buttercream
100g putih telur
100g gula castor
300g mentega tawar sejuk (saya guna tatura unsalted)-potong dadu
1 sb coffee paste/emulco

cara:
1.Menggunakan teknik double boil...panaskan telur putih dan gula,kacau dengan whisker sehingga gula larut (kalau guna termometer panaskan hingga 65C sahaja)
2.Tuang campuran putih telur kedalam mangkuk pengadun,pukul menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan jadi kembang dan halus(yg ni pakai ballon whisk)
3.masukkan mentega dadu satu persatu hingga habis.kemudian tukar kepada K beater terus pukul sampai kembang err..macam adunan buttercream...kemudian tambahkan coffee emulco-kacau sebati.

Syrup kopi
1/2 cawan air panas
3 sk nescafe(saya pakai decaffe)
-campur sampai larut....ada resepi letak gula tapi saya tak letak sebab nak kurangkan rasa manis....

Penyelesaian...
1.Potong kek kepada 2 bahagian sama besar kemudian setiap satu bahagian dibelah dua...ini akan menjadikan 4 lapis kek.
2.ambil satu keping kek(kek yg ada kerak letak di bhagian bawah)
3.sapu coffee sirap keseluruh cake kemudia sapukan coffee buttercream (saya guna piping bag)
4.tutup dengan lapisan kek (yg kerak letak di bawah) sapu dengan coffee sirap dan sapu pula dengan choc ganached(ganache kena pekat dan kentak untuk dapatkan lapisan yg tebal-yg ni pun saya pakai piping bag)
5.tutup dengan lapisan kek yang ketiga dan sapu dengan sirap dan letak pula coffee buttecream dan letak lapisan kek yang terakhir .sapukan sedikit di permukaan atas kek dgn buttercream kemudian curahkan ganached yg telah dicairkan sedikit keatas kek sehingga rata.Sejukkan selama sejam dam kemudia trim nips disekeliling cake untuk 'menampakkan' kejadian lapisan kek...betui ka ayat yg saya tulih ni...ha..ha..cikgu bahasa malaysia jangan marah kat saya no..ha..ha..
Cubalah ..rasa dia mmg sedap dan lagi sedapa kalau dinikmati bersama secawan kopi ....tapi tak boleh makan bayak nanti bertambah kilo kat badan...

Wednesday, August 15, 2012

Ole-ole untuk Mak & MIL -Salam Aidilfitri

 Biskut raya dan kek yang sempat saya buat untuk mak dan MIL ....saya buat 3 jenis biskut...tak ada yang fancy2 cuma simple biskut saja... Biskut jejari oats , tart nenas dan biskut Spritz (ni saya tweaked sikit ...saya tak pakai gun cookie disk pun tapi hanya guna cutter)... dan semalam saya kesemputan...baked 3 jenis kek.... kek sarang lebah dan kek lapis prune  serta kek buah ....bila dah siap semua rasa lega...hari ni saya dah nak balik ke Kodiang,Kedah(rumah MIL) dan esok balik ke rumah mak saya di Perelih pulak...

Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin buat semua rakan-rakan dan juga anda semua....semoga Syawal kali ini akan membawa seribu keberkatan dan kerahmatan buat kita semua..Amin..