Berbalik pada baking pula ....saya buat Brownies Walnut untuk potluck Hari Raya dan Merdeka di Playschool Umar semalam .....ni antara resepi brownie kegemaran saya yang saya ambil dari buku The joy of Baking keluaran Bake With Yen...sangat chocolatey ,chewy gooey dan sedap dengan gabungan walnut didalamnya....nak buat pun senang...
Brownie Walnut
Bahan-Bahan - sumber buku The Joy of Baking-Bake with yen
(A)-cairkan menggunakan teknik double boil
185g Mentega
280g Dark Cooking Chocolate(DCC)
(B)
3 biji Telur (gred A)
185g Gula halus ( saya letak 85g sahaja)
1 sk esen vanila
(C)
185 Tepung gandum
200g walnut-cincang kasar
Cara:
1-Cairkan (A) secara double boiler
2-Pukul(B) dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
3-Tambahkan (A) kedalam (B) dan kacau sebati;akhir sekali tambah (C)-kacau sebati.
4-Bakar pada 180C selama 20 ke 25 minit menggunakan acuan yg telah digris 10" x10" x 1 1/2".
5-Sejukkan brownie dan tuangkan choc ganache keatasnya...biarkan ganache mengeras kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki...
Chocolate Ganache
100g whipping cream
250g dark cooking chocolate(saya guna Van Houten)
-panaskan cream hingga naik wap.tutup api dan masukkan kepingan chocolate yg telah dipotong kecil-kecil.kacau hingga sebati.
No comments:
Post a Comment