Friday, August 31, 2012

Kepingan ranggup Badam dan Biji labu /Crispy Almond and Pumpkin Seed

Kuih raya dah habis, nak tak nak kena buat sesuatu untuk tetamu yang bertandang....maka dengan kerajinan yng tak seberapa maka saya buat kepingan ranggup badam dan biji labu...senang dan sedap...


Kepingan Ranggup Badam dan Biji Labu
Bahan-Bahan
1 biji telur + 1 biji telur putih
3 sk minyak jagung
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan tepung red rose/tepung gandum
1 cawan kepingan badam
3/4 cawan biji labu
1/4 cawan biji matahari(sunflower seed)


cara :-
1-Panaskan oven pada suhu 170C
2-Sediakan 2 dulang dan letakkan 2 helai kertas baking berukuran 10" x 15" .Sapukan kertas dengan lapisan nipis minyak diatasnya.
3-Campukan telur dan minyak-kacau rata dengan whisker
4-Masukkan gula-kacau lagi hinnga sebati dan masukkan tepung-kacau lagi
5-masukkan badam,biji labu dan biji bunga matahari-gaul rata
6- letak 1/2 adunan atas kertas baking-sapu rata-rata senipis mungkin hingga menutupi kedua-dua kertas. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperang-perangan.

variasi:
boleh letak badam sahaja - 2 cawan badam
penggunaan tepung red rose adalah untuk meranggupkan lagi-kalau guna tepung gandum pun ok juga..

My little muchkin dah pandai meniarap...tengah lasak sekarang dan sangat clingy...

No comments: