Hasil lebihan telur putih dari kek lapis prune yang saya buat masa raya hari tu....disebabkan juga biskut raya dah tinggal sikit maka nak tak nak saya kena buat sesuatu untuk dihidangkan kepada tetamu yang bakal bertandang...jadi saya buat Strawberry Macarons....untuk macaron shell saya guna teh lipton berperisa strawberry dan saya letak strawberry swiss meringue buttercream untuk fillingnya...hurm..yummy...
Strawberry Macarons
150g telur putih(8 hari terperam dalam fridged saya)
80g gula caster
180g serbuk badam
250g gula ising
2 sachet teh berperisa strawberry
cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan juga serbuk teh-ayak dan ketepikan
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan
gula caster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai masukkan gula caster,
naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard
beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk
diterbalikkan.
5. Masukkan pewarna dan guna speed 1
untuk sebatikan.
6. Campurkan mixture gula dan badam ke
dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima
pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses
mengacau ini dipanggil Macarronage.
7. Paipkan adunan pada dulang berlapik
kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji macaron.
9. Biarkan kering 40-45
mint.
10. Selepas 30 minit dari masa
pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10
minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada
model oven).
11. Biarkan macaron sejuk dan baru
asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan
dengan filling
Strawberry Swiss meringue buttercream
100g putih telur
100g gula castor
300g mentega tawar sejuk (saya guna tatura unsalted)-potong dadu
1 sb strawberry emulco/paste
cara:
1.Menggunakan teknik double boil...panaskan telur putih dan gula,kacau dengan whisker sehingga gula larut (kalau guna termometer panaskan hingga 65C sahaja)
2.Tuang campuran putih telur kedalam mangkuk pengadun,pukul menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan jadi kembang dan halus(yg ni pakai ballon whisk)
3.masukkan mentega dadu satu persatu hingga habis.kemudian tukar kepada K beater terus pukul sampai kembang err..macam adunan buttercream...kemudian tambahkan strawberry emulco-kacau sebati.

No comments:
Post a Comment