Friday, May 31, 2013

Ikan masak selasih


Dok jengah-jengah kat belakang rumah nampak pokok selasih thai dah semakin merimbun .... maka menu lunch semalam buatlah ikan masak selasih....

Ikan Masak Selasih
Bahan-bahan
1 ekor ikan -saya guna ikan pisang
garam dan kunyit - lumurkan pada ikan dan goreng garing-ketepikan

Sos:
6 biji cili hijau - cincang halus
1/2 biji bawang besar - cincang kasar
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili padi *
5 ulas bawang putih * - cili padi dan bawang putih ditumbuk bersama
1 sb sos ikan
1 sb sos plum
gula secukup rasa
segemgam daun selasih-dicarik-carik kasar
2 sb minyak masak

cara:
1.Panaskan minyak -tumis bawang besar dan cili hijau hingga naik bau - masukkan bahan tumbuk dan goreng garing
2.Masukkan Tomato , sos ikan ,sos plum dan sedikit air
3-rasakan dgn gula dan jikalau kurang masin tambah lagi sos ikan ikut selera masing-masing.
4-masukkan daun selasih- masak sos hingga agak pekat.
5-Tuang sos  atas ikan dan hidangkan panas-panas...


Wednesday, May 29, 2013

Menu untuk Picky eater....

Anak sulung saya Umar susah nak makan sekarang ni.... kalau tak kena dengan selera ,dia takkan makan.Kadang-kadang tu frust sangat bila saya dah buat resepi baru yang saya dah hias bagai dan siap letak dalam bento box lagi...tup..tup dia tgk macam tu saja then dia kata cantik la mak dan kemudian dia kata TAK NAK .... uih...geram sungguh saya... tapi tu lah nature budak-budak peringkat umur 2 thn ke 6 thn memang macam walaupun tak semua macam tu...
Buat masa sekarang anak kedua saya Cik Aishah memang senang makan kecuali nasi putih...yang lain-lain mmg dia tak pilih.... :D

So semalam saya masak semua resepi yang Umar pilih....





Menu pagi untuk sarapan saya buat Potato Croquette dan resepi saya ambil di sini ...thank to my cyber guru  :) ....Umar makan 3 ketul dan adik Aishah makan 3 ketul juga :)



Ni pulak menu minum petang saya buat Blueberry Chiffon Cake dan resepi saya ambil di Blog femes CMG ... Umar makan 3 slices ...oklah tu



Dan ini menu dinner saya buat pizza untuk dia dan dia makan 1 slice ja...tapi saya puas hati.. yeay mission accomplished

Sunday, May 26, 2013

Roti Anpanman

Menu minum petang semalam ....
Anak saya tak kenal pun karekter kartun Jepun ni dan dia tak kisah pun janji roti fresh dan panas-panas dia makan dengan seleranya..


Resepi saya ambil di sini .... Thanks to Yani
 

Friday, May 24, 2013

Nasi Kuning ....


Nasi Kuning yang saya buat semalam untuk sarapan.
Nasi kuning merupakan sarapan yang biasa bagi negeri Perlis dan Kedah.kalau saya balik kampung samada kampung suami di Pdg Sera,Kodiang Kedah atau Chuping,Perlis sarapan pertama yang saya cari ialah nasi kuning.Tak mahal pun sebungkus cuma RM1 kalau di Kodiang dan RM0.80 di Chuping...murahkan!.... nasi yang simple tanpa menggunakan santan dan dihidangkan bersama sambal tumis ,telur ,timun serta bilis goreng .....
 
Bahan-Bahan
3 cawan beras-basuh dan toskan
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang besar-mayang halus
1 inci halia- racik halus
rempah 4 sekawan
1 sb minyak sapi
1 sb minyak
1 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 helai daun pandan-disimpul
air secukupnya-air bergantung pada jenis beras
 
Cara:
 
1.Panaskan Periuk Rice Cooker di atas dapur -dah panas masukkan minyak masak dan minyak sapi.Tumis bawang besar dan halia .dah naik bau masukkan bawang putih dan rempah 4 sekawan.tumis hingga keemasan .Masukkan beras ,air,kunyit dan garam serta daun pandan.
 
2.Pindahkan Periuk nasi ke Electrik Rice Cooker.Tekan on
 
3.Apabila masak hidangkan dengan sambal tumis,bilis goreng,telur rebus serta timun.
 
Senangkan.....
 

Tuesday, May 7, 2013

Talam Sinar Pesona .... I'm back ;)

Salam semua....Uih berabuk sungguh rumah ni ya...Tuan rumah dah lama tak jenggok ha..ha...masih lagi ada di Kota Warisan tak pi mana pun...cuma mood nak berblog tu tak ada...

Ok lah sekarang ni tuan rumah tersangat suka buat kuih - muih  dan tentu nya makan sekalilah...
Tuan rumah buat Talam persona yang telah diubahsuai sedikit dari resepi asal...he..he..biasalah kerja2 olahan terpaksa dibuat disebabkan ada beberapa bahan tak ada...tapi kuih talam ni memang sedap dan terima kasih buat Sis Yatie yang sudi berkongsi resepi ni.Kalau nak resepi-resepi talam yang best memang saya akan ke blog beliau....memang terbaik...Saya copy and paste resepi dari blog beliau saja..he..he..mmg pemalas..

Kalau resepi asal ada 3 warna tapi saya hanya buat 2 warna saja....kira kata ni warna asli tak ada perwarna tiruan langsung....



Talam Sinar Pesona
Resepi asal Yatie Memories
Olahan :Cake2u

Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 1/2 cawan gula castor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar rata tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air + 10 helai daun pandan-mesin dan tapis utk dapatkan jus
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana dlm 5 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
  2. Tuangkan 1/2  adunan hijau  dan kukus dlm 10 minit.
  3. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuangkan pula adunan hijau yang selebihnya dan kukus selama 20 minit.
  5. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. 
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.
***saya buat olahan untuk lapisan hijau...kalau resepi asal diletakkan pewarna hijau dan pandan paste serta coklat emulco(.saya tak ada stok pandan dan coklat emulco..tu yang terpaksa ubah sikit dan hasilnya colour kusam sikit he..he..)