Saya tengah craving nak makan roti kaya bakar ala Hainan Kopitiam tapi sejak ada 3 anak ni saya sangat malas nak makan luar sebabnya saya tak tahan nak mengawal keadaan anak-anak soleh dan solehahs saya yang akan buat kedai tu macam rumah depa huhuhu....saya lebih suka tapau dari makan di kedai buat masa sekarang....
ok berbalik pada tajuk entry saya hari ni saya nak share resepi homemade kaya pandan yang saya ambil di blog Nasi Lemak Lover dan resepi ni mmg win sangat ...sedap dan sangat wangi dengan aroma pandan.Manakala untuk resepi chocolate loaf bread pula saya ambil dari buku roti kegemaran saya iaitu Bread Magic dari chef Alan Ooi.
Homemade Kaya Pandan
Sumber: Sonia
3 biji telur(pukul sedikit)
250g gula
200ml santan Kara
10 helai daun pandan di kisar dengan 150ml air-tapis
Cara:
1.Guna hand whisk -pukul telur dan gula hingga sebati-tak perlu lama
2.Campurkan santan,150ml jus pandan dan campuran telur tadi,kacau hingga sebati dan masukkan dalam mangkuk tahan panas.
3.Masak menggunakan kaedah double boil dengan api sederhana.Kacau adunan kaya dengan kerap tapi bukan secara berterusan(nanti lenguh tangan uols hehehe)
4.Masak hingga pekat.Tutup api dan sejukkan sepenuhnya sebelum simpan di dalam fridge.Saya ambil masa 1 jam 15 minit.
Roti Pullman coklat
sumber:chef Alam Ooi
Bahan-Bahan:
(A)
310g tepung roti
20g serbuk koko
30g gula caster
1/2 sk garam
1 1/2 sk yis -mauripan
(B)
190ml susu segar (sejuk)
(C)
25g lemak sayuran/shortening.
Cara:
1.Campurkan (A) dalam mangkuk pengadun-kacau rata
2.Masukkan susu sejuk dan uli selama 3-5 minit atau sehingga membentuk doh.
3.Masukkan shortening,uli lagi sehingga 5 ke 7 minit atau sehingga doh menjadi licin dan elastik.
4.Bulatkan doh dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembab...biarkan ia naik 2 kali ganda.
5.keluarkan angin dengan menumbuk doh dan kemudian bulatkan semula doh rehatkan selama 10 minit.
6.tekan doh bentukkan bentuk segiempat tepat(rectangular) dan gulung kemas macam buat swiss roll dan masukkan kedalam acuan pullman 11cmx11cmx22cm. Jgn tutup acuan biarkan doh naik 2/3 aras loyang.Tutup loyang dengan penutup khas loyang dan bakar pada suhu 210C yg telah di panaskan selama 30 ke 35 minit.
Nota:kalau tak ada loyang pullman boleh guna loyang roti pound .
selamat mencuba---nak sedap bakar roti dulu then letakkan kaya serta butter sejuk di atasnya...memang kalah hainan Kopitiam hehehe.
No comments:
Post a Comment