Monday, August 31, 2015

Pooh Roll Cake a.k.a Vanilla swiss Roll


Saya suka tengok japanese ladies membuat deco swiss roll yang cantik dan cute .Memang kalau follow instagram dari negara matahari terbit tu akan buat saya sentiasa kagum dan terinspirasi. Lepas tu mula lah saya berangan nak buat sama (^_^).

Jadi minggu lepas saya buat satu deco swiss roll dengan deco yang paling simple iaitu Pooh.Saya berekperimen dengan resepi swiss roll favourite saya di mana resepi ni saya ambil di blog favourite saya jugak iaitu DecoChoco .Alhamdulillah jadi cuma wajah encik Pooh sangat comot huhuhu sebab masa melukis tangan saya terketar-ketar ...maklumlah lama tak melukih pakai piping bag (^_*).

Anak-anak saya punya la happy bila saya hidangkan kek roll ni dan masing-masing senyum lebar bila makan.....

Swiss Roll.
Adaptasi dari Blueberry Swiss Roll

bahan-bahan (10" x 10" ) 

  • 4 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • sedikit esen vanila 
  • sedikit pewarna merah ,hitam dan kuning

  • utk krim 
  • 250g cream cheese
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • blueberry filling secukupnya


    Cara-cara:
     
  1. Alaskan loyang dengan corak Pooh dan lapik dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih dan separuh dari gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, esen vanila dan gula selebihnya sehingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau sebati.
  4. Masukkan 1/3 dari adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
  6. Ambil 2 sudu besar adunan no.5, bahagikan kepada dua,satu bhgn di warnakan merah dan satu lagi diwarnakan hitam. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam plastik bersih. Potong bucunya. Lukis corak pooh di atas baking paper bedasarkan corak pooh di bawahnya . Bakar selama 1-2 minit ( sehingga permukaan kering)
  7. Masukkan sedikit pewarna kuning dalam adunan selebihnya dan tuang ke dalam loyang. Ratakan.
  8. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  9. Sementara itu sediakan krimnya.Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Sapukan pada kek. Sapukkan blueberry filling ke atas lapisan cheese. Gulungkan.
  10. Balut kek dgn cling wrap kemas2.simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.

No comments: