Monday, October 29, 2012

Biskut Kelapa Mentega


Biskut yang sangat mudah dan senang.Saya buat untuk snek Umar ....dan dia sangat suka cookies ni,sekejap ja dalam masa 3 hari dah habis dia makan.Biskut ni ada rasa-rasa macam Danish Butter Cookies dan saya ambil resepi dari majalah Sedap ....memang sedap he..he..
 
 
Bahan-Bahan
200g mentega tawar
100g gula icing
1/4 sk garam
1 biji kuning telur
50g kelapa kering segera(dikisar halus)
250g tepung gandum-ayak( saya guna tepung Red Rose-hasilnya biskut jadi lebih ranggup)
1 biji kuning telur -untuk sapuan
sedikit kelapa kering untuk hiasan
 
Cara-cara:
1.Pukul Mentega,gula icing dan garam hingga lembut dan mesra
2.Masukkan kuning telur.pukul rata
3.masukkan kelapa kering.kacau rata,kemudian masukkan pula tpg red rose/gandum dan kacau rata.Adunan sangat lembut...saya letak adunan atas baking paper dan gulung kemas jadu bentuk oblong dan saya masukkan dalam fridge selama 1 jam.
4.Setelah  keras saya potong adunan tadi dgn ketebalan1/2cm
5.Susun diatas loyang yg dilapisi dgn baking paper.Sapukan kuning telur dan tabur kelapa kering
6.Bakar selama 25 -30 minit pada suhu 150C atau sehingga masak.


Thursday, October 18, 2012

French Bread

Masih dalam mood meroti.... our dinner semalam ,simple dan mengenyangkan..

French Bread
resepi: Yani   ,Deco Choco

Bahan-bahan:
  • 250g tepung berprotin tinggi
  • 50g tepung whole meal
  • 190ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast

    topping:
  • sedikit butter
  • sedikit tepung whole meal (saya letak sesame seed)
Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih setting utk doh. Ikut arahan pd breadmaker masing-masing. (Saya tak ada Bread maker jadi saya masukkan semua bahan dalam KA mixer, dah siap uli dalam 10 minit kemudian bulatkan adunan letak balik dalam mangkuk tutup dgn kain lembab,bagi naik dalam 2 kali ganda)
  2. Bila dah siap, taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Buat bentuk bulat. Tutupkan dengan kain lembab. Rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Ambik sebiji doh canaikan jadi bentuk bulat yg bersaiz diameternya lebih kurang 15 cm.
  4. Kemudian gulung rapat-rapat. Buat untuk 2 biji seterusnya.
  5. Lepas itu tutup dengan kain lemmbab. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  6. Spay/sapu permukaan roti dengan air . Taburkan sedikit tepung whole meal ke atasnya. Potong memanjang permukaan roti seperti dalam gambar di bawah. Letakkan sedikit butter pada bahagian yg telah dipotong. Bakar dalam oven dengan kepanasan 200 degree selama 18 minit.

Wednesday, October 17, 2012

Basic Sweet Dough Bun


Saya dah banyak kali buat roti dari resepi ni....siap boleh hafal dah ...memang terbaek...Thanks to Kak Nor ...tapikan maafkan lah kepada ' kejadian' rupa paras roti ni...terlebih bakar pulak sebab masa ni Miss Aisyah tengah tantrum hu..hu...ni pun kalam kabut ambik gambar sebab Umar and my DH dah tak sabar nak makan...maklumlah hot and fresh from oven...saya C n P saja dari blog Kak Nor...

Basic Sweet Dough Bun
Resepi : Kak Nor,Secubit Garam

Bahan:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
***Saya tak ada Bread Maker...jadi saya uli pakai KA dan tangan ja...


WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Monday, October 15, 2012

Vanilla muffins


Favourite muffin anak bujang saya....senang sangat nak membuatnya,paduan rasa mentega dan vanilla yang membuatkan muffin ni sangat sedap....

Vanilla Muffin(12 ke 16 biji )
(A)ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor(kurangkan ke 3/4 cawan kalau tak nak manis)
1 sb baking powder
secubit garam

(B)
1 cawan susu
1 biji telur(gred A)
1 sb vanilla essence
4 sb mentega -cairkan

cara:
1-pukul (B) sehingga sebati dengan hand whisker
2- satukan (A) dalam satu mangkuk
3-masukkan (B) kedalam (A)-kacau sebati(jgn kacau terlalu lama nanti muffin tak gebu)
4-masukkan adunan kedalam kertas cawan dalam 3/4
5-bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga masak.

selamat mencuba...


Wednesday, October 10, 2012

Banana Mousse Chocolate Cake

Sorry for long absence.... I'm just a busy pathetic domestic goddess, sight..hmm you know what I mean"kan?" with never ending chores from dawn to midnight hu..hu.., pendek kata(pandai pendek berkata-kata ya muahaha..) selagi belum tidur kerja sentiasa ada...what to do dah nama pun fulltime housewife ehem silap...domestic goddess ha..ha.. 
I do bake every week, but it just that situations didn't permit me to upload new bakes ....my little hero has conquered all the IT gadgets...he didn't give any chance his mak to use it.."no..no...all these are mine (Ipad,Lappy and desktop)" exclaimed him...poor me ..hik..hik..anyway  after he snuggle to his duvet for afternoon napping, it's time his mak to use HIS IT devices....


I made this cake last week just to satisfy my cravings .... Banana Mousse Chocolate Cake....I used several recipes that I sourced from internet and books, I've tweaked a little bit of the recipe just to suit the available ingredients that I have in my pantry... and I must says that the looks of my cake can be deceiving he..he..but believe me it indeed delicious ( muahaha angkat bakul sendiri)

Banana Mousse Chocolate Cake
Recipe:
Chocolate Sponge Cake
(A)
5 eggs yolk
120g castor sugar
150ml water
75ml corn oil
1 tsp vanilla essence
2 tbsp Chocolate emulco

(B)
160g self raising flour

(C)
5 eggs white
80g castor sugar

**6 ripen banana(sliced)

Methods:
1.Preheated oven at 180C.Line a round 8" cake tin. Beat (A) till smooth for apprx. 10 minutes using high speed .
2.In onother bowk whisk egg white till it become soft peak and add in sugar and continue whisking until it become stiff
3.Fold ingredient (A) with egg white meringue.
4.Pour into prepared 8" round cake pan and bake for 1 hour( depends on ur oven ya... mine it takes 1 hr only)
5.once baked immediatelly invert and unmould cake( this important ...to ovaoid cake from shrinking and sunk) leave it cool before cutting into 3 layers horizontally.

Mousse filling:
(A)
250 g whipping cream( I used non diary whipping crean Rich Gold)

(B)
1 tsp vanilla essence
1 tbsp instant nescaffe dilute with 2 tbsp hot water

(C)
50 g cocoa powder
75 g icing sugar

(D)
1 tbsp gelatine( soak with 4 tbsp water-set aside until it become spongy and then using double boil method to dilute it)

Method:
1.Whip the whipping cream till stiff.
2.Fold in (B) and (C)
3.Lastly fold in warm gelatine tillwell combine.

Chocolate ganache:(I didn't use choc ganache instead I just melt the 50 g chocolate and add in 1 tbsp oil-ni kes tak cukup whip cream and dark cooking choc- had to use whatever avail in my pantry-and you should use proper ganache then you will get smooth and beautiful cake coating-jgn tiru saya ok he..he..)
140ml UHT whipping cream
350g dark cooking chocolate
1 tbsp butter

method:
heat cream in double boiler and add in chocolate and butter.stir until chocolate has melted.leave to cool slightly before pouring on top of cake.

Assembling the cake:
1.Cut cake into 3 layer horizontally
2.Spread mousse onto 1st layer of cake and arrange banana slices on top of the filling.
3.Top with 2nd layer cake.Spread filling and arrange slice of bananas.For the last layer of cake ,spread cream filling on top and the sides of the cake.Leave in the fridge to set.
4.When set,place cake on a wire rack,pour on chocolate ganache.Refrigerate again till set.

Ok...till then...