Monday, June 24, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake

Minum petang untuk hari Jumaat lepas saya ada buat Hokkaido Chiffon Cupcake....dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh ja, sebab apa pun tak taw...

Tapi bila suami bagitau dekat airport cafe ada jual dan dia tanya saya tak teringin ke nak buat HCC...saya pun apalagi... terus bersemangat nak buat...

Tak susah pun ...teknik sama macam buat chiffon cake biasa...cuma tang nak buat filling tu yang buat saya berchenta sikit....

Resepi saya ambil di sini... Thanks to  Sonia @ Nasi Lemak Lover  , sangat lembut dan nyaman bila di makan...


Saya copypaste saja resepi dari blog Sonia ...malas nak translate - tapi ni sbg rujukan saya dimasa depan ^___^  ....

Chiffon cake
Adapted fr: Sonia   Nasi Lemak Lover

3 egg yolks
20g sugar
35g corn oil
60g milk
70g cake flour

3 egg whites
25g sugar

Filling
60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

Icing sugar, for dusting

Method
1. Pre-heat oven to 170C.
2. Arrange paper liners on baking tray.
3. Hand whisk egg yolk and sugar till pale in colour.
4. Add in corn oil and milk, mix well.
5. Sift in cake flour, stir to combine.
6. Beat egg white until foamy, gradually add sugar, and continue beat till soft peak form.
7. Take 1/3 of egg white and use a hand whisk to mix into egg yolk batter.
8. Fold in the balance egg white with a spatula till well combine.
9. Scoop batter into pre-arranged paper liners to about ¾ full.
10. Bake for 20-25 mins at middle rack.
11. Beat whipping cream with sugar till firm and stiff (over a bowl of iced water).
12. Add in custard powder, mix well.
13. Pipe custard cream into cupcake and dust with icing sugar. Refrigerated before consume.

Friday, June 21, 2013

Macarons Au Chocolate Noir a.k.a Dark Chocolate Macarons


Kawan saya ada bagi lebihan putih telur dan serbuk almond maka dengan itu Cik Nurul pun sangat rajin membuat Chocolate Macarons ni... tapi kejadian rupa paras cik Macs ni nampak rustic sikit..ha..ha..tak licin ni kes sebab Cik Nurul tak ayak serbuk almond and gula icing ...lepas blend dalam food processor terus Cik Nurul masukkan terus dalam adunan telur putih..hmmm.. ni kes pemalas...janganlah ditiru perangai buruk cik Nurul ni yea...

Resepi Macs ni dah saya modified sikit dimana saya dah kurangkan gula so macs ni tak rasa manis sangat dan plus saya buat ganached menggunakan dark chocolate yg menggunakan 65% cocoa solid
jadi terasa pahit-pahit manis gitu ganached filling tu.... jadi tak lah sinfull sangat...he..he.. suami saya sangat suka Macs yg gunakan resepi ni sebab tak manis...

Chocolate  Macarons

Bahan-bahan:

150g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
80g gula kaster
180g serbuk badam
250g gula ising
10g serbuk koko 

cara-cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan serbuk koko - kemudia setelah halus ,ayak campuran badam tadi.
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer.
5. Campurkan mixture gula,koko dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.
6. Macaronage: kaup adunan dari bawah dan tekan ke disekeliling mangkuk-ini untuk keluarkan oksigen dari telur putih
7.Kemudian kaup  balik aduanan dari keliling mangkuk.
8.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)
9. Masukkan adunan kedalam piping beg
10. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.
11. Biarkan kering 40-45 mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.
12. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius  dan bakar selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C
13. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan dengan filling .
Selamat Mencuba.

Thursday, June 20, 2013

Burger telur simple


Sarapan saya pagi ni....
resepi roti yang mudah dan boleh dipelbagai bentuk mengikut kesukaan.
Saya buat omelette telur dan lapiskan dgn tomato serta salad segar...sgt mengenyangkan...

Bun roti simple
Bahan-bahan(10 biji)
(A)
170g air suam
1 sk yeast kering
30g gula

(B)
320g tepung roti
1 sb susu tepung

(C)
30g mentega

Cara-cara:
1-Campurkan A biarkan sehingga ia berbuih
2-masukkan B dalam mangkuk mixer dan tuangkan adunan A dan mula mengadun dengan kelajuan yg perlahan dan kemudian dgn kelajuan yg sederhana.Apabila semua sudah sebati masukkan mentega dan uli lagi hingga ia sebati dan elastik(tak lembik dan senang tertanggal dari hook).Keluarkan dough hook.
3-Bentukkan bulat adunan tadi dan masukkan semula dalam mangkuk adunan dan tutup mangkuk dgn tuala lembab atau cling wrap.Biarkan ia naik dua kali ganda
4-Taburkan sedikit tepung atas papan pencanai.Keluarkan doh dari mangkuk dan letakkan atas papan pencanai dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 10 bhgn dan bulatkan.Rehatkan selama 10 minit.
5-Ambil sebiji doh tadi bentukkan ikut kesukaan .Buat sehingga habis.
6-Tutup roti dgn tuala lembab -ini untuk mengelak permukaan roti menjadi kering dan permukaan roti yg kering akan menyebabkan roti kurang lembut.Biarkan doh naik dua kali ganda-kemudian bakar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit.

Selamat Mencuba...

Monday, June 17, 2013

Nutty Crunchy Granola

As Salam dan hai semua....

Semalam adalah Hari Bapa dan ini memang entry tertunggak..he..he..tak sempat nak post semalam...
Jadi semalam saya ada buat sesuatu untuk suami sempena Father's day...


Homemade Nutty Crunchy Granola....

Suami saya mmg suka dgn segala jenis kekacang dan biji-bijian sihat...
Alhamdullilah dia sangat suka dengan my humble gift ni he..he.. yelah isteri dia tak kerja mana ada duit nak beli hadiah mahal2 kan... wink..wink dia kata saya kreatif..ha..ha..tak lah sgt coz saya dapat idea nak buat Nutty Jar ni saya dapat dari sini ..... dan LizzieJane letak cashew nuts, saya letak Granola...dan untuk resepi saya dapat idea sewaktu menonton rancangan memasak Nigella Lawson...Puan Nigella tak letak segala jenis seed-seed tu dia cuma letak kekacang and oats ja and kalau ikut betul-betul resepi dia mau dapat kencing manis ...jadi saya olah ikut apa yg ada kat pantry saya serta ikut citarasa suami saya....

Resepi
Nutty Crunchy Granola
(A)-campur kesemuanya
2 1/2 cwn rolled oats
1 cwn hazelnut
1 cwn walnut
1/4 cwn flaxseed
1/2 cwn biji labu-pumpkin seed
1/4 cwn sesame seed-bijan

(B)(campur -kacau sebati)
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn golden syrup-sirap kencana
1/2 cwn mentega masin-cairkan
1/2 sk serbuk kayu manis



Cara:
1-Panaskan oven pada 180C-lapik dulang membakar dengan baking paper
2- Campurkan A dan B -gaul rata
3-Letakkan adunan tadi atas dulang pembakar-ratakan
4-Bakar selama 10 minit- keluarkan balik-balikkan kemudia masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.Selepas itu keluarkan semula balik-balikkan sekali lagi dan masukkan semula dalam oven untuk 5 atau 10 minit lagi.
5-Keluarkan dari oven sejukkan-tunggu sehinnga sejuk -pecah-pecahkan ia dan simpan didalam bekas kedap udara.

*** sedap dimakan dengan yogurt dan keju mascaporne dan suami saya suka makan macam tu saja.

Friday, June 14, 2013

Japanese Strawberry Shortcake

Dah lama saya teringin nak makan Japanese Strawberry Shortcake(JSS) tapi tak terbuat-buat...
sebelum ni pernah makan JSS kat sebuah cafe kat Bukit Bintang, maaf saya lupa la pulak nama cafe tu-adeh nampak sgt dah tua...sedap tapi sepotong RM9.50 ...tu yg membuat saya berkobar-kobar nak buat sendiri...dan hari ni lepas Subuh saya dah tercongok kat dapur buat sponge cake...pukul 7 pagi semua selesai ...yess kek dah siap...and lepas lunch tadi saya pun mula mendeco kek...semangat betul


 
Resepi saya ambil dari lafujimama
Memang berbaloi cuba resepi ...sedap ...
Untuk filling saya guna diary whipping cream dan untuk topping saya pakai non-diary whipping cream...ni kes diary whipping cream ada sikit ja ....
 
Japanese Strawberry Shortcake
Sumber: Lafujimama
 
Kek span
4 biji telur gred A -Asingkan telur putih dan kuning
120g gula kaster
3 sb susu- suhu bilik
1/2 st esen vanilla
120g tpg kek-ayak
22g mentega - cairkan
 
** filling dan topping serta buah strawberri secukupnya
 
Cara:
1-Panaskan oven pada 180C- griskan loyang 8" dan letakkan baking paper pada dasar loyang
2-Masukkan 1/2 gula dalam telur putih dan pukul sampai bertanduk
3-Dalam bekas lain pukul telur kuning dgn lebihan gula sehingga gebu dan kembang
4-Masukkan 1/3 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dgn spatula hingga rata
5-Masukkan semua baki adunan putih teluh kedalam adunan kuning telur dan ratakan secara kaup balik hingga semuanya bergaul sempurna
6-Masukkan tpg berselang seli dgn susu dimana dimula dgn tpg dan diakhiri dgn tpg juga.Tambahkan esen vanilla
7-Akhir sekali masukkan mentega cair dan kaup balik hingga adunan bergaul sebati.
8-Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 25-30 minit.
9-Segera keluarkan kek dari oven dan terbalikkan atas redai dan keluarkan loyang segera-sejukkan kek.
 
Stabilized Whipped cream filling
1 st gelatin
4 st air
1 cawan whipping cream diary - 200ml
1/4 cawan gula icing-ayak
1/2 st esen vanilla
 
Cara:
1-Letakkan air dalam mangkuk taburkan gelatin pada permukaan air dan biarkan selama 5 minit.jgn kacau-saya panaskan gelatin dalam microwave selama 15 saat.biarkan ia sejuk
2-Dalam mangkuk adunan(mangkuk serta pemukul di letakkan dalam fridge selama 20 minit bagi sejuk) campurkan whipping cream,gula icing dan vanilla-pukul hingga sedikit kental.Kemudian perlahankan kelajuan,masukkan gelatin sedikit demi sedikit kedalam adunan.Kemudian pukul pada speed ringgi hingga kental.
 
***putar juga non diari whipping cream sebanyak 250ml hingga kental.-ini untuk frosting
 
Untuk Melapis dan hias:
1-Potong kek kpd 3 bhgn
2-sapukan stabilized whipping cream dan atur buah strawberry dan letak lapin kedua kek dan ulang langkah tadi hingga habis.
3-Hias kek dgn non diary whipping cream.
 
Selamat mencuba :)

Lunch yg biasa-biasa saje



Lunch hari ni dgn menu yg simple...Ikan merah D campak ' --- '
saya guna pes cili sanggai yg masih berbaki ...just campur dgn sos tomato ,sos ikan, tomato ,bunga kantan dan daun selasih.... simple kan ...
 
 
 Tumisan Selada Air dan udang......
Suka sgt kalau dapat masak yg simple-simple gini....sgt memudahkan hidup la..la..la..

Wednesday, June 12, 2013

Cinnamon Apple Rolls

Semalam untuk minum petang saya buat Cinnamon Apple Rolls.... resepi campak-campak sebab banyak bahan-bahan tak ada dan yang paling best saya guna tpg naik sendiri ....tpg roti habis.... mmg dok berdoa semoga jadila rolls ni... and Alhamdullilah jadi tapi teksture tak segebu macam guna tpg roti.

Tuesday, June 11, 2013

Pla Lui San @ Ikan Dalam Taman

Dah lama teringin nak masak resepi ni tapi asyik terbantut sebab kena buat pes cili sangai.....
tapi sebab dah teringin tahap terbayang-bayang..saya merajinkan diri menyediakan pes cili sanggai tu...bila dah ada pes tu proses nak masak Ikan Dalam Taman menjadi sgt senang..
Thanks to Kak Nor,Secubit Garam ....memang sedap...


Resepi saya copy paste dari blog Kak Nor
Pla Lui San @ Ikan Dalam Taman
1 ekor ikan siakap -lumur dgn garam dan kunyit goreng garing

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..


Ni la rupa pes cili sanggi. @ nam prik pow - menurut Kak Nor pes ni boleh masak macam-macam resepi  just ikut kreativiti kita je....








PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan udang kering)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (saya guna 1 cawan bawang goreng siap sedia)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..- saya pun ikut kak Nor cuma tang bawang ja saya guna bawang goreng)

Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais

Monday, June 3, 2013

Roti - Doh Manis

Pelbagaikan jenis roti tapi dari resepi yg sama....
Resepi saya pernah post kat sini ....

Sunday, June 2, 2013

Takoyaki versi acuan kuih cara...

Menu dinner semalam.....resepi ambil kat sini ....
tak dak acuan takoyaki so guna acuan kuih cara ...walaupun tak bulat cantik tapi rasa dia sama macam makan kat Jusco he..he...

 
Umar kata cucuq sotong la mak .... bukan takoyaki la ....
anak saya sekarang ni suka guna perkataan LA kat hujung ayat..... :D