Monday, August 31, 2015

Double chocolate Muffins


Sneks minum petang untuk anak-anak soleh dan solehahs saya.Double chocolate Muffins dari Nigella Lawson....saya suka sangat muffins ni dan dan banyak kali juga saya buat...sebelum ni saya ada post di sini dan kali ni saya share lagi sekali dan kali ni versi BM pulak.

Double chocolate Muffin
Bahan-bahan
(A)-
250g tepung gandum*
2 sk baking powder*
1/2 sk soda bikarbonat*
2 sb serbuk koko
150g gula kastor
150g chocolate chips( lebihkan sedikit untuk tabur di atas muffin nanti)

(B)
250ml susu segar
90ml minyak sayuran
1 biji telur saiz besar-pukul sedikit
1 sk essen vanilla

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170C
2.Ayak bahan yg bertanda * dan campurkan semua bahan-bahan (A) dalam mangkuk besar.Campur semua bahan (B) dalam bekas lain-kacau mesra.
3.Campur Bahan A dan Bahan B-kacau rata dengan spatula tapi jangan terlebih kacau sebab ia mentebabkab muffin jadi padat dan tidak gebu.
4.Adunan akan nampak cair ...masukkan dalam kertas muffin-taburkan chocolate chips.
5.Bakar selama 20 hingga muffins naik dan gebu.


Happy baking.

Pooh Roll Cake a.k.a Vanilla swiss Roll


Saya suka tengok japanese ladies membuat deco swiss roll yang cantik dan cute .Memang kalau follow instagram dari negara matahari terbit tu akan buat saya sentiasa kagum dan terinspirasi. Lepas tu mula lah saya berangan nak buat sama (^_^).

Jadi minggu lepas saya buat satu deco swiss roll dengan deco yang paling simple iaitu Pooh.Saya berekperimen dengan resepi swiss roll favourite saya di mana resepi ni saya ambil di blog favourite saya jugak iaitu DecoChoco .Alhamdulillah jadi cuma wajah encik Pooh sangat comot huhuhu sebab masa melukis tangan saya terketar-ketar ...maklumlah lama tak melukih pakai piping bag (^_*).

Anak-anak saya punya la happy bila saya hidangkan kek roll ni dan masing-masing senyum lebar bila makan.....

Swiss Roll.
Adaptasi dari Blueberry Swiss Roll

bahan-bahan (10" x 10" ) 

  • 4 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • sedikit esen vanila 
  • sedikit pewarna merah ,hitam dan kuning

  • utk krim 
  • 250g cream cheese
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • blueberry filling secukupnya


    Cara-cara:
     
  1. Alaskan loyang dengan corak Pooh dan lapik dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih dan separuh dari gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, esen vanila dan gula selebihnya sehingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau sebati.
  4. Masukkan 1/3 dari adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
  6. Ambil 2 sudu besar adunan no.5, bahagikan kepada dua,satu bhgn di warnakan merah dan satu lagi diwarnakan hitam. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam plastik bersih. Potong bucunya. Lukis corak pooh di atas baking paper bedasarkan corak pooh di bawahnya . Bakar selama 1-2 minit ( sehingga permukaan kering)
  7. Masukkan sedikit pewarna kuning dalam adunan selebihnya dan tuang ke dalam loyang. Ratakan.
  8. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  9. Sementara itu sediakan krimnya.Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Sapukan pada kek. Sapukkan blueberry filling ke atas lapisan cheese. Gulungkan.
  10. Balut kek dgn cling wrap kemas2.simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.

Cauliflower Balls @ bebola bunga kubis


Assalamualaikum dan Hi semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke 58.Hari kegembiraan untuk semua dan untuk kita meraikan hari ulangtahun negara yang tercinta.Saya tak kemana-mana pun hari ni ,duduk dirumah saja sebab che Pian kerja.


Untuk lunch kanak-kanak riang ria hari ni saya buatkan bebola bunga kubis.Untuk makluman mereka memang tak suka dengan bunga kubis ni dan alhamdullilah misi saya nak bagi mereka makan bunga kubis berjaya dengan cemerlang.Double yeayyy untuk saya hehehe.

Cauliflower balls @ Bebola Kubis Bunga.
Oleh:Nurul Cake2u

300g kubis bunga
100g isi ayam kisar.
1 biji bawang besar-cincang halus
sedikit daun bawang-cincang halus
1/3 cawan parmesan cheese @ keju kegemaran
1/3 cawan serbuk roti
1 biji telur
1 sb mayonis.
1 sb tpg jagung
garam dan lada hitam secukup rasa

saduran-serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng.

Cara:
1.potong kubis bunga dan kukus separuh masuk dan kemudian cincang kasar.
2.campurkan semua bahan hingga sebati dan buat bulat2.adunan mmg lembik jadi lumukan tangan dgn sedikit minyak untuk memudahkan membentuk bebola.
3.sadurkan bebola dengan serbuk roti.


4.Sejukkan bebola tadi di dalam fridge selama 1 jam.
5.Goreng hingga perang.

Saturday, August 29, 2015

Homemade Pandan Kaya yang sedap serta Roti coklat


Saya tengah craving nak makan roti kaya bakar ala Hainan Kopitiam tapi sejak ada 3 anak ni saya sangat malas nak makan luar sebabnya saya tak tahan nak mengawal keadaan anak-anak soleh dan solehahs saya yang akan buat kedai tu macam rumah depa huhuhu....saya lebih suka tapau dari makan di kedai buat masa sekarang....

ok berbalik pada tajuk entry saya hari ni saya nak share resepi homemade kaya pandan yang saya ambil di blog Nasi Lemak Lover dan resepi ni mmg win sangat ...sedap dan sangat wangi dengan aroma pandan.Manakala untuk resepi chocolate loaf bread pula saya ambil dari buku roti kegemaran saya iaitu Bread Magic dari chef Alan Ooi.

Homemade Kaya Pandan
Sumber: Sonia

3 biji telur(pukul sedikit)
250g gula
200ml santan Kara
10 helai daun pandan di kisar dengan 150ml air-tapis

Cara:
1.Guna hand whisk -pukul telur dan gula hingga sebati-tak perlu lama
2.Campurkan santan,150ml jus pandan dan campuran telur tadi,kacau hingga sebati dan masukkan dalam mangkuk tahan panas.
3.Masak menggunakan kaedah double boil dengan api sederhana.Kacau adunan kaya dengan kerap tapi bukan secara berterusan(nanti lenguh tangan uols hehehe)
4.Masak hingga pekat.Tutup api dan sejukkan sepenuhnya sebelum simpan di dalam fridge.Saya ambil masa 1 jam 15 minit.

Roti Pullman coklat
sumber:chef Alam Ooi

Bahan-Bahan:
(A)
310g tepung roti
20g serbuk koko
30g gula caster
1/2 sk garam
1 1/2 sk yis -mauripan

(B)
190ml susu segar (sejuk)

(C)
25g lemak sayuran/shortening.

Cara:
1.Campurkan (A) dalam mangkuk pengadun-kacau rata
2.Masukkan susu sejuk dan uli selama 3-5 minit atau sehingga membentuk doh.
3.Masukkan shortening,uli lagi sehingga 5 ke 7 minit atau sehingga doh menjadi licin dan elastik.
4.Bulatkan doh dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembab...biarkan ia naik 2 kali ganda.
5.keluarkan angin dengan menumbuk doh dan kemudian bulatkan semula doh rehatkan selama 10 minit.
6.tekan doh bentukkan bentuk segiempat tepat(rectangular) dan gulung kemas macam buat swiss roll dan masukkan kedalam acuan pullman 11cmx11cmx22cm. Jgn tutup acuan biarkan doh naik 2/3 aras loyang.Tutup loyang dengan penutup khas loyang dan bakar pada suhu 210C yg telah di panaskan selama 30 ke 35 minit.

Nota:kalau tak ada loyang pullman boleh guna loyang roti pound .

selamat mencuba---nak sedap bakar roti dulu then letakkan kaya serta butter sejuk di atasnya...memang kalah hainan Kopitiam hehehe.

Biskut Rangup Chocolate MnMs


MnMs cookies, sepatutnya kena letak byk sikit cekelat MnMs baru cun tapi saya tak nak kanak-kanak riang ria terlebih charge hehehe...

Saya share resepi di sini...sebelum ni saya sudah terlebih dahulu share di instagram account saya @nurpian04.

Crispy MnMs Cookies
--------------------------
( Bahan A)
250gm butter
1 biji telur
1 tsp vanilla
 
( Bahan B)
200gm tepung gandum
100gm tepung jagung
200 gm brown sugar
1/2 tsp bicarb soda ( campur dengan qty sama air panas....rahsia untuk dapatkan biskut yg ranggup)
 
( Bahan C )
1/2 cwn kelapa kering
Choc MnMs untuk hiasan.
 
Cara:
1.Adun ( A) sampaisebati....
2.campurkan (B) dan masukkan (C)
3. simpan dalam fridge 1 jam 
4.Bentuk kan bulat dan letak choc MnMs di atasnya-saya letak satu saja tapi uols boleh letak 3 atau 4 pcs atasnya...pilihan anda...
5.Bakar pada suhu 160C selama 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
happy baking

Basic Muesli Slice



Basic Muesli Slice

Saya ambil resepi ni di Rumah Encik Mat Gebu...izinkan saya ya C& P resepi ya...saya suka resepi ni sebab senang dan sedap...saya buat slice ni atas permintaan my DH...bila kerja night shift kena bawa bekal kudap-kudapan....anak saya pun suka slice ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats(saya guna wholemeal oats)
2 cawan cornflakes, ramas sedikit 
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (saya guna walnut,almond dan pine nut)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip 
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja

Wednesday, August 19, 2015

Fig and Almond Custard Tart



Assalamulaikum and Hi to all.

To tell the truth this the first time I buy and ate fresh fig and I have to say that I have fallen in love with this luscious beauty fruit.So yesterday I managed to bake this Fig and Almond Custard Tart.
And definitely this recipe a keeper.It's so sedap ...not overly sweet and it just nice. 


Making a tart crust can be a nerve-wracking experience,but this one is incredibly easy.While it is a simple recipe,it's time consuming since the crust must be made and refrigerate before you assemble and bake the tart.But the best part is this tart crust recipe is so versatile which it can be used for both sweet and savory dish .  


I used recipe Pate Brisee or tart dough from Martha Steward's Pies and Tarts book.

Ingredients
  • 2 1/2 cups all-purpose flour

    1 teaspoon coarse salt

    1 teaspoon sugar

    1 cup (2 sticks) chilled unsalted butter, cut in piece

    1/4 to 1/2 cup ice water
  • Place the flour, salt, and sugar in the bowl of a food processor, and process for a few seconds to combine. Add the butter, and process until the mixture resembles coarse meal, about 10 seconds. With the machine running, add the ice water in a slow, steady stream, through the feed tube, just until the dough holds together. Do not process for more than 30 seconds.
  • Turn the dough out onto a work surface. Divide in two. Place each half on a sheet of plastic wrap. Flatten, and form two discs. Wrap, and refrigerate at least 1 hour before using.

    Note:This tart crust recipe makes two 8 inches crust pies.If u intend to make single tart just make half of the recipe.

For the Custard Filling:
Adapted from: Real Simple

(A)
1/2 cup ground almonds
6 tablespoons unsalted butter (3/4 stick), cut into pieces
1/3 cup sugar
2 large eggs
2 tablespoons all-purpose flour
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 teaspoon fine salt

3 to 4 figs, stems removed and halved
2 tablespoons apricot jam

1.Press the dough into a 8-inch square tart pan. Refrigerate until firm, at least 30 minutes and up to 2 days.

2.Make the filling: heat oven to 170° C with the rack in the lowest position.

3.Pulse (A) ingredients in a food processor . Process until the mixture is smooth, 1 to 2 minutes.

4.Place the chilled crust on a rimmed baking sheet. Pour the filling into the crust and smooth with an offset spatula. Top with the figs, cut-side up.

5.Bake until the crust and custard are golden brown, 30 to 40 minutes.

6.Combine the apricot jam with 1 tablespoon hot water. Brush top of tart with the apricot glaze.

7.Serve warm or at room temperature.


Monday, August 10, 2015

Kari daging kegemaran abang Umar


Hari ni saya buat food art untukanak sulung pulak...selalunya food art atau funmeal keutamaan buat anak kedua saya dan bongsu sebab kedua-duanya memang picky eater.Tapi hari ni abang umar minta saya buat kan untuk dia satu.Dan kebetulan Umar memang pengemar nasi dan kari jadi saya layan permintaan dia.

Simple saja food art ni dimana kari di letakkan di keliling nasi sebagai topi . Umar happy sangat dengan funmeal ni, saya happy sangat bila Umar kata pada saya - saya sayang mak dan kari ni sangat sedap ...

Apam Perlis


Assalamulaikum dan hi semua.

Yesterday's breakfast I've made Apam Perlis. My daughter was over the moon when she saw these Apam which I have decorated it to cheeky green cartoons.And she call those apam "green empanadas" lol .

I have sourced the recipe from Wendyink-Table for two or more .I think my apam turned out so fluffy and of course yummy .....definately this recipe is a keeper.


Saturday, August 8, 2015

Pasta with Pesto sauce and little chick


Menu pasta kegemaran Miss Aishah...
little chick di perbuat dati telur rebus...

saya suka dengan gaya hiasan bento dari sifu charaben yang tersohor iaitu Maki Ogawa dari CuteObento dan Yunita Rahmasari dari Bonita Food.Kedua-dua mereka menpunyai konsep yang sama simple tapi sangat menarik .


Ini adalah antara tools yg saya guna untuk buat little chick tu.

1.Multi expression face puncher dari BentoCraft - mata
2.Orange face puncher dari Daiso - kaki
3.Flower cutter dan nozzle - bunga (ni tools yang saya kumpul masa saya berbiz kek dulu2)
4.oval cutter - paruh (tool ni saya dapat masa beli buku bento dari Kinokuniya )


Menu simple lagi untuk Miss Aishah ...

Nasi goreng
ayam masak sos hoi sin
baby kailan sos tiram,..

saya hiaskan dengan ketam yang di perbuat dari sosej rebus.

macam biasa sosej habis dulu hehehe.

Beef basil food art


Assalamulaikum dan Hi semua...

Wah dah lama saya tak bersiaran di blog ni.... harap masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin...

Selepas raya ni adalah food art pertama yang saya buat untul Miss Aishah... Nasi putih bersama daging masak selasih dan sup cendawan.

Food art ni sangat mudah untuk di sediakan ..untuk rambut boleh juga gantikan dengan scramble egg ...dan potong nori untuk face expressions. Mudahkan?

Oklah hari ni saya nak update banyak post yg tertunggak (>_<)