Saya buat Blueberry Buttermilk Cake ni minggu lepas dan ia juga di atas permintaan rakan karib saya yang teringin nak makan kek .My BFF ni tak nyatakan kek apa yang dia nak cuma dia bagitahu saya yang dia nak kek yang besar dan dah siap pesan kat saya no cupcake or any other desserts....sangat la subjektif kan! ha..ha..dan memandangkan stok bahan baking tak banyak maka ini lah hasilnya...kek yang sangat simple pada hemat saya.
Alhamdullilah My BFF dan her family sangat suka dengan kek ni...
Blueberry Buttermilk cake
Bahan-Bahan untuk Cake:
(A)(ayak)
300g tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
2 tspn baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 tspn
garam
(B)
125g mentega tawar(saya guna anchor unsalted)
280g gula castor
(C)
2
biji telur(A grade)
(D)
1sk
vanilla essence
1 sk cuka putih
(E)
240ml Buttermilk
Methods:
1-Panaskan oven pada suhu 180C dan sediakan acuan 8" bulat dan gris serta lapik dengan baking paper
2-Ayak (A) dan ketepikan
3-Pukul (B) hingga kembang.Campur (C) sebiji demi sebiji,Pukul sebati.Kemudian masukkan (D)
4-Selang selikan tepung dan buttermilk ,pukul dengan kelajuan sederhana dan hingga sebati
5-Tuang kedalam acuan
6-Bakar selama 55 minit atau sehingga masak(ni bergantung kepada oven masing-masing)
Bahan Filling dan hiasan:
Blueberry filling secukupnya
Whipping cream-non diary secukupnya-pukul hingga kembang
*1- potong kek kepada 3 bahagian dan sapu krim secara nipis keatas lapisan pertama dan kemudian letakkan blueberry filling.
2-letakkan lapisan kek ynag seterusnya dan sapu krim keseluruhan lapisan dan letakkan filling dan tutup dengan lapisan yg ketiga.
3-Hias keseluruhan kek dengan whipping cream dam kemudian buat border kesekeliling kek dan tuang blueberry topping.
note:untuk blueberry topping:ambil 2 sudu besar air dan 1 sk gelatin-larutkan secara double boil kemudian campurkan dengan 5 sudu besar blueberry filling.biarkan sebentar kemudian tuangkan keatas permukaan kek.
No comments:
Post a Comment