Monday, November 19, 2012
Creme Brulee
Creme Brulee yang saya buat untuk birthday Hi-Tea tempoh hari.....
Saya dan DH suka makan Creme Brulee tapi saya tak pernah ada keinginan nak buat sendiri,antara sebabnya mungkin saya MALAS(ayat tu memang tepat sekali untuk saya muhaha...dasar M...),keduanya saya rasa Creme Brulee ni susah nak buat (...Hmmm belum cuba dah kata susah hik..hik..hik..).Tapikan setelah DH minta saya buat untuk dia bersempena Birthday dia maka saya pun mencarilah resepi Creme Brulee ni...Oooooooo rupenya senang sangat dan bahan pun tak banyak maka dengan itu saya pun bersilatlah di dapur dan dalam masa 1 jam semua siap....
Creme Brulee
Sumber:Olahan dari resepi Hisako Ogita,I love Macarons
Bahan-Bahan- 4 acuan kecil ramekin
100 ml whipping cream
100ml susu segar
1 sk Vanilla essence
2 biji telur kuning
1 sb gula kasar + sedikit lagi sebagai topping
cara-cara:
1- Panaskan Whipping cream dan susu bersama vanilla essence.Panaskan sampai cream berbuih di keliling periuk.Tutup api
2-Pukul telur kuning bersama gula sehingga adunan menjadi creamy dan putih
3-masukkan (1) kedalam (2)-kacau mesra dan tapiskan
4-masukkan adunan bertapis tadi kedalam ramekin dan bakar secara water bath pada suhu 150C selama 30 minit.
5-Setelah custard tadi masak,taburkan gula ke atas custard tadi dan bakar permukaan topping dengan Kitchen Torch.Kalau tak ada kitchen Torch macam saya ni ,boleh guna broiler ...saya panas kan api atas(grill function) pada suhu 180C dan bakar selama 10 minit atau sehingga topping tadi jadi garing keemasan.
Senangkan...sila-silalah cuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment