Thursday, November 1, 2012

Banana Caramel Pound Cake

 Banana Caramel Pound cake atau Kek Paun Pisang Karamel ni dah banyak kali saya buat sejak tahun 2008 lagi.Kalau ada stok pisang yg tak habis maka kek ni saya akan buat,sebabnya sedap dan bahan tak bayak.... yang paling penting mudah membuatnya.Resepi ni mula-mula saya dapat dari Myresepi sumbangan Yani dan baru-baru ni Yani ada publish resepi ni dalam buku terbaru beliau iaitu Jom Berjimat Membakar :Kek dan Biskut serta dalam blog Deco Choco .
Banana Caramel Pound Cake
Sumber: Yani Deco Choco ; YaniMyresepi

Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )
  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90g gula
  • 50ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 biji pisang (besar)
  • 30g , 1 sudu besar guna, air
  • 2 sudu kecil air

Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
  3. Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
  4. Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
  6. Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.

No comments: