Wednesday, November 28, 2012

Roti Labu


Roti yang saya buat untuk breakfast pagi tadi....sangat yummy dan sedap pula makan dengan nescafe panas-panas.....Resepi yang saya ambil dari buku Jom Berjimat Membuat Roti dari Yani .

Durian Crepe

Sana-sini orang dok sibuk pasal Durian Crepe(DC) ,Malaysia telah dilanda demam Durian Crepe ke???..ha..ha..ha..ya lah kot sebab DC tersangat popular sekarang ni... dengan perasaan ingin tahu macam mana DC punya penangan maka semalam saya pun buat lah  dan ternyata memang sedap.
Resepi saya ambil dari blog famous ni ya....dan Terima Kasih kerana memanjangkan resepi asal dari negara seberang ....

Saya Copy and Paste saja resepi dari blog kak Azlita ...TQ yea


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

By : Fatmah Bahlawan
Bahan-Bahan:-(lebih kurang 15 keping )
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Method:
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
 
Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
 
Cara menyediakan DC:
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

Saturday, November 24, 2012

Mille Crepe with Vanilla Cream Custard


Mille Crepe yang saya buat semalam untuk minum petang.Sebelum ni saya tak ada keinginan langsung nak buat dessert ni, sebabnya saya rasa it's just pancake that has been stacked together and maybe it will taste just like my ordinary pancake or crepe .... cetek sungguh pemikiran saya kan hik..hik..hik..tu lah orang kata tak kenal maka tak cinta maka dengan ini saya boleh katakan yang Mille crepe memang sedap dan memang patut dari dulu lagi saya buat ....
Saya ambil dari resepi dari sini , cuma kat sini saya tak letak pun kek span sebagai dasar macam kak Azlita(saya malas sebenarnya he..he..)...dan tak dak hiasan buah-buahan segar macam beliau ya...ni pun nak ambil gambar full sebelum potong pun tak sempat....sebabnya dah ada budak umur 3 tahun dah teriak-teriak nak makan....
Suami saya suka siap suruh saya buat perasa lain pulak...next time yea kalau saya rajin hik..hik..

Thursday, November 22, 2012

Blueberry Buttermilk Cake

Saya buat Blueberry Buttermilk Cake ni minggu lepas dan ia juga di atas permintaan rakan karib saya yang teringin nak makan kek .My BFF ni tak nyatakan kek apa yang dia nak cuma dia bagitahu saya yang dia nak kek yang besar dan dah siap pesan kat saya no cupcake or any other desserts....sangat la subjektif kan! ha..ha..dan memandangkan stok bahan baking tak banyak maka ini lah hasilnya...kek yang sangat simple pada hemat saya.
Alhamdullilah My BFF dan her family sangat suka dengan kek ni...

Blueberry Buttermilk cake
Bahan-Bahan untuk Cake:
(A)(ayak)
300g tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
2 tspn baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 tspn garam

(B)
125g mentega tawar(saya guna anchor unsalted)
280g gula castor

(C)
2 biji telur(A grade)

(D)
1sk vanilla essence
1 sk cuka putih

(E)
240ml Buttermilk

Methods:
1-Panaskan oven pada suhu 180C dan sediakan acuan  8" bulat dan gris serta lapik dengan baking paper
2-Ayak (A) dan ketepikan
3-Pukul (B) hingga kembang.Campur (C) sebiji demi sebiji,Pukul sebati.Kemudian masukkan (D)
4-Selang selikan tepung dan buttermilk ,pukul dengan kelajuan sederhana dan hingga sebati
5-Tuang kedalam acuan
6-Bakar selama 55 minit atau sehingga masak(ni bergantung kepada oven masing-masing)

Bahan Filling dan hiasan:
Blueberry filling secukupnya
Whipping cream-non diary secukupnya-pukul hingga kembang

*1- potong kek kepada 3 bahagian dan sapu krim secara nipis keatas lapisan pertama dan kemudian letakkan blueberry filling.
2-letakkan lapisan kek ynag seterusnya dan sapu krim keseluruhan lapisan dan letakkan filling dan tutup dengan lapisan yg ketiga.
3-Hias keseluruhan kek dengan whipping cream dam kemudian buat border kesekeliling kek dan tuang blueberry topping.

note:untuk blueberry topping:ambil 2 sudu besar air dan 1 sk gelatin-larutkan secara double boil kemudian campurkan dengan 5 sudu besar blueberry filling.biarkan sebentar kemudian tuangkan keatas permukaan kek.

Monday, November 19, 2012

Creme Brulee


Creme Brulee yang saya buat untuk birthday Hi-Tea tempoh hari.....
Saya dan DH suka makan Creme Brulee tapi saya tak pernah ada keinginan nak buat sendiri,antara sebabnya mungkin saya MALAS(ayat tu memang tepat sekali untuk saya muhaha...dasar M...),keduanya saya rasa Creme Brulee ni susah nak buat (...Hmmm belum cuba dah kata susah hik..hik..hik..).Tapikan setelah DH minta saya buat untuk dia bersempena Birthday dia maka saya pun mencarilah resepi Creme Brulee ni...Oooooooo rupenya senang sangat dan bahan pun tak banyak maka dengan itu saya pun bersilatlah di dapur dan dalam masa 1 jam semua siap....

Creme Brulee
Sumber:Olahan dari resepi  Hisako Ogita,I love Macarons

Bahan-Bahan- 4 acuan kecil ramekin
100 ml whipping cream
100ml susu segar
1 sk Vanilla essence
2 biji telur kuning
1 sb gula kasar + sedikit lagi sebagai topping

cara-cara:
1- Panaskan Whipping cream dan susu bersama vanilla essence.Panaskan sampai cream berbuih di keliling periuk.Tutup api
2-Pukul telur kuning bersama gula sehingga adunan menjadi creamy dan putih
3-masukkan (1) kedalam (2)-kacau mesra dan tapiskan
4-masukkan adunan bertapis tadi kedalam ramekin dan bakar secara water bath pada suhu 150C selama 30 minit.
5-Setelah custard tadi masak,taburkan gula ke atas custard tadi dan bakar permukaan topping dengan Kitchen Torch.Kalau tak ada kitchen Torch macam saya ni ,boleh guna broiler ...saya panas kan api atas(grill function) pada suhu 180C dan bakar selama 10 minit atau sehingga topping tadi jadi garing keemasan.
Senangkan...sila-silalah cuba...

Friday, November 16, 2012

Rose & Lime Macarons- Silicone mat Vs Baking Paper

Haish...buat lagi Macarons ....tapi kan boleh tengok 2 perbezaan kejadian Macarons kali ni.
Yang Rose Macaron tu saya guna silicone macarons baking mat dan Lime macarons(gambar kanan) saya guna baking paper biasa saja. Dan saya rasa Lime Macarons jadi lebih cantik berbanding Macarons yang saya baked dari silicone mat..hu..hu..kenapa jadi macam ni ya?..ke saya yang tak reti nak guna...ha..ha..tolong.... mahai benda alah ni...tak pe(ayat untuk sejukkan hati)saya rasa kena practise lagi guna silicone mat ni...
Untuk kedua-dua Macarons ni saya guna Swiss meringue buttercream dan saya letak parutan kulit limau nipis serta jus limau nipis untuk filling Lime Macarons dan saya letak rose essense untuk filling Rose macarons.....both turns out really yummeh...

Tuesday, November 13, 2012

Hi Tea in D house

Semalam adalah birthday my DH, jadi cik Nurul telah membuat surprise Birthday Hi Tea untuk suami tersayang....simple saja Hi Tea yang disediakan dan mmg tak sama dengan Hi Tea kat hotel-hotel dan cafe-cafe kat luar sana nun, tapi cik Nurul rasa sangat happy bila my DH tersenyum gumbira menikmati hidangan yang Cik Nurul sediakan....



Menu Hi Tea :
1- Dulce de Leche Cake
2-Creme Brulee
3-Rose dan Lime Macarons
4-Eclairs with diplomat creme
5-Sandwiches

Untuk resepi - resepi Hi Tea tu nantilah cik Nurul share ya....Selamat Malam semua serta Selamat Hari Depavali untuk rakan-rakan yang berugama Hindu....

Saturday, November 3, 2012

Birdie Icebox cookies


Kali ni saya buat Icebox Cookie bentuk burung pulak.....masih menggunakan resepi yang sama Lion Icebox Cookies , cuma kali ni untuk hiasan saya tak guna cooking chocolate tapi gunakan glace icing saja.
Umar sangat happy bila tengok cookies ni dalam cookie jar...dia dok sebut sippy bird,sippy bird(mulanya saya tak faham then dia tunjuk gambar sleepy bird yg ada dalam Pocoyo tu)...rasanya tak sama pun dgn Sleepy bird tu tapi dah my son cakap macam ,saya ya kan saja la...ha..ha..

Lion Icebox Cookies

Credits to Susan S ,Diamond for Dessert for the inspiration

Saya Buat cookies ni untuk Farewell Party Potluck anak saya di CIC(Children Islamic School) semalam.Sebelum ini pun saya selalu buat icebox cookies tapi bentuk biasa saja dan masa dok google idea yang menarik untuk icebox cookie ni saya ternampak Lion Cookie kat sini dan siap ada tutorial lagi cara nak membuatnya....
Tapi saya tak guna resepi dari blog tu,sebaliknya saya guna resepi dari buku macaron Hisako Ogita, I love Macarons . Hmmm ...Saya memang suggest you all buat sebab ia sangat sedap .Resepi dan bahan yang simple tapi rasanya sangat meletop ha..ha..  macam mana tu? he..he..sedap dari segi rasanya yang lemak-lemak dan manis yang sedang-sedang saja .
Pasai apa nama dia icebox cookie ya? ha..ha sebab  Icebox cookie dibuat dari doh  padat yang perlu dibekukan dalam bentuk tiub memanjang .Selepas doh sudah keras keluarkan dari peti ais dan  ia dipotong membulat dan di bakar...senang kan...
Jom kita tengok cara membuat versi cik Nurul pulak ya dan janganlah di bandingkan kerja cik Nurul dgn Miss Susan...mmg berbeza benor he..he..

Basic Icebox Cookie :(50 keping)
150g mentega tawar
100g gula castor
2 biji telur kuning
250g tepung gandum
sedikit essence vanilla
2 sb chocolate emulco

 Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan kuning telur-kacau mesra .
2. Masukkan essen vanilla dan tepung -kacau sehingga membentuk doh(adunan akan ja sedikit lembik)
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian.1 bhgn dibiarkan dgn warna asal dan bungkus dgn plastik,bekukan.
4.1 lagi bahagian di campurkan dgn choc emulco-uli sehingga mesra dan sebati,balut dgn clig film dan bekukan.
5. Setelah doh dah agak keras (lebih kurang 30 minit) keluarkan dan bentukkan memanjang macam gambar dibawah .balut lagi sekali dgn plastik-padatkan dgn tangan supaya tiada gelembung udara didalam nya.

6. Kemudian keluarkan pula doh chocolate dan roll macam gambar dibawah  dan letakkan bahagian doh yg memanjang tadi ditengah-tengah.
7.Balut kemas dan wrap dengan clig film dan padatkan dgn tangan supaya tiada gelembung udara yang terkumpul.Sejukkan sampai betul-betul keras.
8.Setelah keras keluarkan dari petisejuk dan potong dgn ketebalan 0.5 cm .Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 12- 15 minit.
9.Setelah siap,sejukkan cookies.Sementara itu sediakan bahan-bahan hiasan untuk muka lion.
10.untuk Telinga saya cuma guna glace icing dimana saya campurkan 1 sudu besar gula icing dgn 1/5 sudu besar air dan 1sk tepung custard.kacau sebati masukkan dalam piping bag .potong sikit dihujung plastik-kecil saja dan mulakan dgn melukis telinga(icing cepat mengeras)
11.Untuk mata dan hidung saya gunakan coklat masakan yg dicairkan secara double boil.biarkan coklat agak-agak suam kuku masukkan dalam piping bag dan mula melukis.

*** untuk makluman ...nampak macam renyah tapi sebenarnya tak...malah saya sangat enjoy buat cookies ni...

Thursday, November 1, 2012

Banana Caramel Pound Cake

 Banana Caramel Pound cake atau Kek Paun Pisang Karamel ni dah banyak kali saya buat sejak tahun 2008 lagi.Kalau ada stok pisang yg tak habis maka kek ni saya akan buat,sebabnya sedap dan bahan tak bayak.... yang paling penting mudah membuatnya.Resepi ni mula-mula saya dapat dari Myresepi sumbangan Yani dan baru-baru ni Yani ada publish resepi ni dalam buku terbaru beliau iaitu Jom Berjimat Membakar :Kek dan Biskut serta dalam blog Deco Choco .
Banana Caramel Pound Cake
Sumber: Yani Deco Choco ; YaniMyresepi

Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )
  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90g gula
  • 50ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 biji pisang (besar)
  • 30g , 1 sudu besar guna, air
  • 2 sudu kecil air

Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
  3. Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
  4. Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
  6. Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.