Friday, September 4, 2015

Macarons Au Chocolate Noir (II)


Assalamulaikum dan hi semua..

Comel tak chocolate macarons che Nurul ni ? Dah lama tak buat macs ni rasanya dekat setahun kot dan semalam che Nurul bermacarathon ketung ketang kat dapur membuat cik Macs ni dan ada cerita lawak masa buat macs ni.

Saya buat dalam 2 tray dan untuk tray yang pertama semua pecah macam volcano wuhaaaa pasal apa jadi lagu tu ..sedih tau...check kat oven tengok-tengok suhu kat tombol oven berada kat paling max >250C ..la patutlah semua pecah. Sah anak solehah saya yang paling kecik pi pulas tombol suhu tu...salah saya juga tak pi tutup bilik baking saya tu .Walau pun pecah sana sini habis di makan oleh anak-anak saya.Sekurang-kurang nya tak membazir.

Jadi untuk tray yang kedua saya turunkan semula suhu ke 130C dan alhamdulillah cik Macs saya menjadi dengan jayanya walaupun kaki tak berapa tinggi (^__^).


Saya pernah share resepi Chocolate macarons ni di sini tapi saya letak semula untuk memudahkan semua .

Chocolate  Macarons
Sumber :Jill Collona-Mad about Macarons

Bahan-bahan:

150g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
80g gula kaster
180g serbuk badam
250g gula ising
10g serbuk koko

cara-cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan serbuk koko - kemudia setelah halus ,ayak campuran badam tadi.

2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus. 

3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).

4. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer.

5. Campurkan mixture gula,koko dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.

6. Macaronage: kaup adunan dari bawah dan tekan ke disekeliling mangkuk-ini untuk keluarkan oksigen dari telur putih

7.Kemudian kaup  balik aduanan dari keliling mangkuk.


8.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)

9. Masukkan adunan kedalam piping beg

10. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.


11. Biarkan kering 40-45 mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.

12. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius  dan bakar selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C 

13. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan dengan filling .
Selamat Mencuba.

2 comments:

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

Copy resepi dlu... Bla rajin br buat...

Cake2u said...

buat la syafiq...k.nurul just suka choc macarons buat masa la...hat perasa lain tu kurang sikit hehege