Wednesday, March 7, 2012

Kek Alunan Kasih

Kek Alunan Kasih....

Dah lama teringin nak buat dan semalam saya buat untuk kawan saya ,Nor sebagai menghargai jasa beliau menolong saya dalam masa berpantang ....harap Nor suka ya...
Kek ni sedap pada saya kerana rasanya yang lemak manis dan keistimewaan kek ini terletak pada lapisan koko dan jaluran beralun yang memisahkan setiap lapisan kek itu.....
Terima kasih pada pemilik resepi Puan Mastura Yasak(FB)...saya ambil resepi ni blog yang fames he..he..siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred "A"
250 gram mentega(saya guna Anchor salted)
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair (saya letak 1/2 cawan ja)
Serbuk koko secukupnya
1 st Vanilla Essence
Pewarna makanan pink,orange dan biru

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
  4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
  5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing yea. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...

No comments: