Buat cookies ni untuk habiskan stok horlick yang ada sapa tak nak minum...suami saya tak berapa suka dgn Horlick,minum pun kadang-kadang ja dan saya minum ho..ho..ho..horlicks nie masa pregnant ja...jadi daripada rosak baik saya buat sesuatu...dan tengok dalam pantry ada sunflower & pumpkin seed maka idea nak mengookies pun tiba he..he..he..
Resepi saya ambil kat majalah Australia Women's Weekly,saya ubah sikit ikut stok barang yang saya ada...
Malt Cookies(menghasilkan 50 keping)
Bahan-bahan
(A)
1 cawan Butter
1 1/2 cawan gula castor(saya letak 3/4 cawan ja)
2 camt essence vanilla
(B)
2 biji telur(size A)
(C)(ayak)
2 camb susu pekat (saya letak 2 camb susu tepung)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt soda bikarbonate
3/4 cawan Malt milk powder(saya guna Horlicks)
(D)
1 cawan pumkin & sunflower seeds(dalam original resepi letak 1 cawan choc chip tapi saya letak biji-bijian tu..he..he.. )
Method:
1-Pukul (A) sampai kembang
2-Masukkan telur satu persatu,pukul hingga sebati
3-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dgn senduk kayu
4-Masukkan pumkin & sunflower seeds dan kacau sebati
adunan lembik macam buat drop cookies ,saya bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan letak atas dulang membakar dan kemudian tekan dgn belakang sudu untuk menipiskan cookie.
5-Bakar pada suhu 160C fan force oven atau 180C selama 20 minits(bergantung pada oven masing-masing)
***Cookies ni sangat ranggup dan sedap ...Encik suami tak tahu pun yang saya letak horlick kat dalam tu..ho..ho...ho.. at last habis juga horlickku itu...
1 comment:
uiksss 2013.....? lamanya rehat....hahah
Post a Comment